warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mimpi Berada Di Tanah Perkuburan







Mimpi Berada Di Tanah Perkuburan




Mimpi Berada Di Tanah Perkuburan

 

Aku tidur qailullah seperti biasa

Di waktu itu giliran isteriku Ummu Ain

Tiba-tiba aku bermimpi berada di suatu kawasan tanah perkuburan

Di dalam suasana kampung

Aku tidak tahu di mana, dan kampung apa

Aku hairan di tengah-tengah perkuburan itu isteriku Ummu Jah sedang berbaring

Dia tidak tidur, dan aku di sampingnya, sedang duduk

Di sebelahnya isteriku, aku rasa ada seorang anak perempuanku yang kecil

Tapi aku tidak pasti anak yang mana

Aku tidak sakit, tapi aku merasakan sedang menunggu kematianku

Di dalam sebuah kubur di sebelah isteriku, aku difahamkan akan ditanamkan sebentar lagi

Sedangkan kubur itu sudah pun ada penghuninya

Aku pun bercerita kepada isteriku

Bahawa sebentar lagi aku akan mati dan akan dikuburkan di dalam kubur yang sudah ada penghuninya

Isteriku mendengar, tanpa sepatah kata

Dia diam sahaja, mendengar ucapanku

Makin dekat saat kematian

Aku makin takut, jiwaku kecut, badanku gementar

Susahnya hati Tuhan sahajalah yang tahu

Aku pun menangis dengan badan yang menggeletar, air mataku berguguran, dunia akan meninggalkan aku sebentar lagi

Aku takut, kerana belum yakin yang aku sudah membuat persiapan

Di dalam ketakutan itu, di waktu sedang menangis teresak-esak

Tiba-tiba aku terkejut dari tidur

Aku lihat jam dinding menunjukkan 12.40 tengahari

Aku tidak tahu apa maksud mimpi itu

 

19.8.2001

Pagi Isnin selepas XPDC

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer