warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Merasakan Tuhan Maha Berkuasa







Merasakan Tuhan Maha Berkuasa





Merasakan Tuhan Maha Berkuasa

 

Kalau seseorang itu rasa sedikit pun tidak ada kuasa, hatinya tawadhuk dengan Tuhan

Kepada Tuhanlah harapannya untuk menjaga dan memberi keselamatan pada dirinya

Tuhan adalah Maha Berkuasa, hamba sebesar habuk pun tidak ada kuasa

Kuasa yang ada sedikit pada dirinya itu pun kuasa yang Tuhan berikan kepadanya

Rasa takut pun datang terhadap Tuhannya

Kalau sesuatu yang baik dianugerahkan, dia sangat malunya kepada Tuhannya

Dia terasa bahawa dia tidak sedikit pun campurtangan menghasilkannya

Kalau dia dibala dia sabar bahkan makin takut kepada Tuhannya

Dia harap ujian itu biarlah penghapusan dosanya terhadap Tuhan

Bukan ujian itu kerana kutukan Tuhannya

Setiap yang dia lihat, semakin melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan

Jika terlihat orang membuat mungkar dia rasa kasihan, ingin menasihatkan

Kalau tidak mampu menasihatkan  dia doakan kebaikan

Dia baik sangka dengan orang itu, mungkin tidak ada pelajaran

Dia rasa bersyukur kepada Tuhan dia tidak melakukan

Setiap kebaikan yang dia lihat pada seseorang dia turut gembira

Gembira dengan kegembiraan orang yang mendapat kebaikan  

Kerana dia tidak ada kuasa, bimbang sahaja dengan Tuhan

Nasibnya dia tidak tahu segala-galanya di tangan Tuhan

Tuhanlah yang menentukan

Aduh! Bimbangnya semakin mendalam nasibnya masa depannya

Harapan kepada Tuhan semakin mendalam

Mengharap kepada Tuhan agar dia disudahi umurnya dengan kebaikan

Kuasa Tuhan dirasakan sangat ke atas dirinya, apa lagilah yang Tuhan akan lakukan

Dari masa ke semasa dia rasa apa pun boleh berlaku ke atas dirinya bila Tuhan jadikan

Aduh! Takutnya kepada Tuhan semakin mencengkam

 

2.9.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer