warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Merasa Diri Wira







Merasa Diri Wira





Merasa Diri Wira

 

Wira yang bukan wira telah ditabalkan sebagai wira

Oleh orang politik yang inginkan nama

Inginkan sanjungan oleh rakyat yang tidak tahu nilai erti wira

Wira yang bukan wira itu pula diberi nama wira bangsa dan negara, hati pun berbunga

Diberi gelaran bintang kehormat secara tiba-tiba

Wira yang bukan wira pun amat gembira merasakan diri luar biasa

Diri dirasakan orang high-class dan istimewa

Sama taraf dengan menteri-menteri dan korporat-korporat negara

Disebut namanya merata-rata

Disanjung membumbung dan dilambung-lambung

hingga setengah orang meluat mendengarnya

Wira yang bukan wira itu bukan ada apa-apa jasanya yang memberi faedah

kepada agama, bangsa dan negara

Dia sekadar membuat perkara-perkara pelik sahaja

Mengikut Tuhan kerja itu adalah sia-sia

Tidak dapat apa-apa pahala, jauh sekali keredhaan Tuhan yang Maha Esa

Bahkan kerja yang sia-sia itu menggunakan wang negara

Pulangannya tidak ada apa-apa

Sekadarkan menempa nama dan glamor

Sepanjang usaha mencari nama itu syariat Tuhan telah banyak diabaikannya

Ramai rakyat yang sudah buta hati menyambut kepulangannya

Apatah lagi pembesar-pembesar negara menyambut wira yang membuat kerja sia-sia itu dengan bangga

Mass-media membuat berita besar-besaran memuji dan memuja

Riuh rendah negara menyebut-nyebut nama orang yang membuat kerja sia-sia

Begitulah watak akhir zaman

Umat Islam pun sudah tidak pandai menilai mengikut Tuhan yang Esa

Orang yang membuat kerja sia-sia disanjung diberi gelaran wira

Orang yang berjasa kepada agama dan bangsa dihina bahkan dianggap petualang negara

Dimusuhi, dituduh, dikata dan dihina

Rupanya nilai otak dengan nilai wahyu tidak sama

Otak dan wahyu selalunya bertentangan di dalam banyak perkara

Cuma entah apalah hikmahnya otak selalunya ada kuasa

Wahyu tidak ada kuasa

Kerana itulah wahyu susah hendak dilihat kebenarannya

Otak mudah dianggap orangramai sebagai benar kerana ia berkuasa

Ramailah orang yang sesat dibuatnya

 

31.7.2004 2

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer