warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Menguasai Hati Manusia







Menguasai Hati Manusia




Menguasai Hati Manusia

 

Menguasai seseorang ertinya mengalahkannya, mungkin secara menzaliminya

zalim namanya

Menguasai harta seseorang ertinya merampasnya, atau mencurinya atau melarikannya

itu dinamakan perompak dan penyangak

Menguasai akal fikiran seseorang bererti mampu memberi ilmu atau orang itu terpesona dengan

ilmunya dan buah fikirannya

Orang itu menerima fikirannya atau dapat ilmu darinya, secara tidak langsung

orang itu gurunya

Menguasai hati seseorang ertinya kasih sayang atau senang dengan seseorang

Itulah orang yang paling menang kerana dapat menawan hatinya

Menawan atau mengalahkan seseorang mungkin mudah

Menguasai harta biasa dilakukan orang

Menawan akal fikiran juga biasa, sering berlaku

Menguasai hati seseorang jarang terjadi

Jika sering berlaku boleh menawan hati orang berlakulah kasih sayang

Kalau berlaku selalu kasih sayang kurang perbalahan

Masyarakat aman, masyarakat berpadu, masyarakat harmoni

Menawan hati memang payah, jarang berlaku

Kerana itulah masyarakat tidak harmoni

Kalau kita hendak menawan juga, tawanlah hati manusia

Menawan hati orang tidak ada siapa yang menang dan yang kalah

Kedua-dua pihak merasa senang dan berjaya

 

22.3.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer