warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mengkata Tak Semudah Mengkota







Mengkata tak Semudah Mengkota





Mengkata tak Semudah Mengkota

 

Memperkata tidak semudah mengkota

Bercakap mudah melaksananya susah

Lebih-lebih lagi yang bercakap itu ada maksud yang tersendiri

Maksud peribadi, maksud parti dan lain-lain lagi

Sering sahaja kita mendengar tokoh-tokoh bercakap kepada rakyat begini:

“Mari kita utamakan perpaduan”

Yang  bercakap apakah telah melaksanakannya?

“Kita jangan mementingkan diri, kita mesti memntingkan bangsa, agama dan negara!”

Mudahkah mengkota, yang bercakap sudah buatkah?

jangan-jangan cakap strategi sahaja untuk diri

“Kita hendaklah berkorban untuk negara!”

Betulkah?

Yang bercakap itu sudah buat lebih dahulukah?

Jangan-jangan cakap itu memperindah kata sahaja

Supaya orang puji kita, agar rakyat  menganggap kita ini mengutamakan negara

Kadang-kadang kita mendengar ahli pidato berkata: “Marilah kita mengikhlaskan diri!”

Ini lagilah susah hendak buat dari hati yang suci lagi murni

Ikhlas itu rahsia Tuhan, malaikat pun tidak tahu

Ia adalah merupakan roh ibadah dan amal bakti

Tidak ada ikhlas segala amalan tertolak dengan sendiri, sangat rugi

Adakalanya ada orang membuat baik dia pun berkata: “Saya ikhlas ini!”

Lebih-lebih lagilah amalannya tertolak di waktu itu lagi

Mana boleh kita mengaku ikhlas, ikhlas ini malaikat pun tidak tahu

Ia datang dari lubuk hati

Kita pun tidak tahu lubuk hati kita sendiri

Jelaslah berkata mudah mengkota payah

Lebih-lebih lagilah hendak membuat perkara yang bersifat rohani dan maknawi

macam ikhlas tadi

Lagilah susah, lagilah payah, hanya mengharapkan pertolongan Tuhan sahaja

untuk mempermudah

 

26.6.2004 – 2

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer