warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mengisi Kemerdekaan







Mengisi Kemerdekaan




Mengisi Kemerdekaan

 

Marilah kita isi kemerdekaan kita dengan segala kebaikan

Untuk faedah dunia kita, lebih-lebih lagi keselamatan di Akhirat sana

Kita gunakan segala kekuatan yang ada pada kita untuk membinanya

Dengan ilmu, dengan harta dan dengan seluruh jiwa raga

Setiap warganegara Malaysia hendaklah menyumbang membina negara

Mengikut taraf, mengikut kedudukan dan mengikut kemampuan yang ada

Saham setiap masa terbuka, dan sentiasa terbuka

Siapa yang dapat ikut menyumbang, ia adalah warga yang setia

Malaysia memerlukan kekuatan ekonomi, agar boleh berdiri sendiri

Malaysia memerlukan syariat untuk keselamatan dunia Akhirat

Malaysia memerlukan ilmu pengetahuan untuk kemajuan dan pembangunan

Malaysia memerlukan perpaduan untuk kekuatan dan keharmonian

Marilah menyumbang untuk negara, jangan tangguh-tangguh lagi

Marilah membina agama untuk keutuhan Malaysia

Hindarkanlah kepentingan diri demi agama, bangsa dan negara

Bila negara berdaulat ertinya bangsa Malaysia dihormati

Berhati-hatilah kita jangan tersilap isi

Hindarkanlah kezaliman, perangilah politik wang dan rasuah

Buanglah sifat fitnah-memfitnah dan adu domba serta dadah

Jauhilah zina, arak, judi, berfoya-foya membuang masa yang sia-sia

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer