warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mengenal Watak Sebahagian Golongan Manusia







Mengenal Watak Sebahagian Golongan Manusia





Mengenal Watak Sebahagian Golongan Manusia

Mari kita mengenal watak sebahagian golongan manusia

Apabila mereka sudah melupakan agama atau tidak takut dengan Tuhan pencipta

Mengenal secara rambang atau secara umum sahaja

Bermula daripada orang politik di antaranya:

Suka berlagak walaupun belum ada kuasa

Mudah sahaja berjanji dengan rakyat, sekalipun tidak mampu melaksanakannya

Sering sahaja mengata dan menghina musuh-musuh politiknya

sekalipun di dalam partinya

Suka jatuh-menjatuhkan sesama mereka, kerana hendak merebut jawatan yang dia suka

Hidup pura-pura itu adalah budaya mereka

Rasuah yang paling banyak berlaku adalah di kalangan orang politik

terutama yang ada kuasa

Rasuah yang berbagai-bagai bentuk, secara langsung mahupun secara tidak langsung

Berbentuk duit mahupun berbentuk kemudahan-kemudahan

dan keistimewaan-keistimewaan

Berbohong itu basahan hidup mereka

Berkawan jarang kekal sampai ke hujung

Mudah dapat kawan, mudah hilang kawan

Kerana mereka berkawan tidak jujur, ada strategi ada udang di sebalik mi

Kehidupan mereka tidak stabil

Maksud tidak stabil, sikap mereka mudah berubah mengikut corak masyarakatnya

Ertinya kerana hendak ambil hati masyarakat dia terikut corak hidup masyarakat

Jika bergaul dengan artis-artis, mereka berlagak sebagai artis

Menari bersama, menyanyi bersama, gelak-gelak ketawa terbahak-bahak bersama, bergaul bebas bersama

Sekalipun umur mereka sudah tua, di waktu itu mereka berlagak orang muda

Kalau bergaul dengan orang masjid buat warak atau berlagak macam orang agama

Mereka pakai ketayap, pakai songkok, kain pelekat, baju kurung,

duduk baris depan seolah-olah cintakan Tuhan

Di rumah mungkin tidak sembahyang atau sembahyang waktu tertentu sahaja

Di sinilah rakyat yang jahil terutama orang kampung selalu   tertipu oleh mereka

Waktu berucap di masjid macam ulama untuk menarik perhatian rakyat

yang bodoh-bodoh  agama

Di musim pilihanraya mereka dicalonkan lagi, maklumlah calon yang beragama

Kalau pergi ke kampung, ikut sama bercucuk tanam padahal bukan bidangnya

Kerana hendak ambil hati orang kampung

Atau hendak tipu orang kampung secara halus

Orang kampung pun kagum, mereka pun berkata

pemimpin ini benar-benar berjiwa rakyat

Kehidupan mereka macamlah binatang sesumpah di hutan boleh bertukar warna

Hinggap di daun warna daun, hinggap di tanah rupa tanah

Boleh menyesuaikan diri di dalam apa keadaan pun

Ertinya orang yang tidak ada pendirian hidup, selalu hipokrit

Berjuang kerana kepentingan dunia

Bukan untuk agama, bangsa dan negara

Hanya cakap-cakap kosong sahaja untuk agama, bangsa dan negara

Orang cerdik pandai boleh menilainya

Mereka ini apa takut dengan cerdik pandai, orang cerdik pandai bukan ramai!

Yang ramai rakyat jelata yang bodoh-bodoh merata negara

Apabila mereka tidak ada jawatan lagi samada di dalam parti,

di dalam negara, perjuangannya terhenti

Sekalipun mereka masih muda lagi

Nama mereka hilang di arena tanah air

Itulah tanda mereka berjuang kerana wang atau jawatan

bukan kerana agama, bangsa dan negara

Apabila mati barulah namanya disebut kembali oleh media massa

Bekas wakil rakyat sudah mati

Orang politik perjuangannya lebih dahulu mati, sebelum kematian badannya

Itulah dia orang politik, kecuali yang takutkan Tuhan

Harap diambil perhatian

 

14.6.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer