warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mengapa Tidak Jatuh Hati Kepada Nya







Mengapa Tidak Jatuh Hati Kepada-Nya




Mengapa Tidak Jatuh Hati Kepada-Nya

 

Mengapa engkau tidak jatuh hati pada Zat yang Maha Esa

Engkau hidup tanpa engkau minta

Diwujudkannya engkau

Takkan engkau tidak suka kewujudan engkau di dunia ini

Dia jadikan sebuah dunia yang penuh dengan khazanah kekayaan

Dia membenarkan engkau berusaha mengambilnya

Dunia yang indah serta menghijau senang mata memandang

Untuk engkau boleh berhibur dan bersenang-senang dengannya

Engkau ingin berhibur dan berseronok

Diciptanya suami dan isteri

Di waktu ingin makan

Berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat disediakan untukmu

Cuma engkau disuruh mengusahakannya sahaja

Engkau diberi tempat tinggal

Boleh engkau berlindung daripada kepanasan dan kesejukan

Di waktu sakit disembuhkan penyakit engkau

Engkau diberi berbagai-bagai jenis alat-alat perhubungan

Untuk kemudahan kehidupan engkau

Dijadikan malam dan siang

Supaya ada masa untuk bekerja

Dan ada masa untuk berehat dan berhibur

Dianugerahkan engkau anak-anak sebagai cahaya mata

Dan mereka juga boleh membantu kehidupan engkau

Di waktu engkau mendapat sakit dan kesusahan

Mereka boleh menghiburkan engkau

Itulah yang dikatakan rahmat dan nikmat-Nya

Yang disebut itu adalah kerana kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya

Mengapa engkau tidak jatuh hati kepada Zat yang mengasihanimu

Kerana apa engkau tidak jatuh cinta kepada-Nya

Mengapa engkau tidak terfikir untuk menyembah, memuja dan membesarkan-Nya

Apa sudah jadi kepada engkau?

 

Lepas Isyak

4.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer