warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mengapa Berkahwin







Mengapa Berkahwin





Mengapa Berkahwin

 

Mengapa berkahwin? Mengapa perlu menjadi suami isteri?

Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakan orang jawapannya hampir sama sahaja

Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan tuntutan naluri semulajadi

Atau hendak menunaikan tuntutan biologi, kalau tidak

sepi atau tidak bahagia dalam hidup ini atau tidak ada hiburan.

Kalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang maka tujuan berkahwin itu sudah terlalu

sempit dan bernilai murahan

Tujuan itu secara tidak disedari manusia telah menjatuhkan taraf dirinya kepada haiwan

Kerana haiwan berkahwin kerana bertujuan ini juga,

sama-sama tidak ada cita-cita masa depan dan lebih global

Kalau itulah tujuan berkahwin itu sekiranya tujuan itu terbantut,

ertinya maksud perkahwinan itu temafi atau batal

Apabila temafi atau terbatal, hilanglah bahagia, tidak adalah hiburan

Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin yang tidak diduga, setelah tua

Orang mukmin yang sejati, yang takut dan cintakan Tuhan faham maksud perkahwinan,

berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global

Tujuan perkahwinan lebih jauh daripada yang dinyatakan

Inginkan mengikut Sunnah Nabi, menghiburkan Rasul ingin mendapat zuriat yang

banyak bertaqwa pula, dapat menyambung perjuangan ibu dan ayahnya agar Islam terus

bersambung

Ibu dan ayah dapat pahala hasil perjuangan anak-anaknya

Selain itu suami isteri ada kawan untuk berbincang tentang Tuhan, Islam,

perjuangan Islam, tentang nasib umat Islam

Berbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara

Orang yang menghayati apa yang telah disebut tadi ia adalah satu hiburan,

kebahagiaan dan kepuasan

Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu sudah maklum terjadi sendiri bila rangsangan

terjadi                                                       '

tapi itu bukan matlamat utama di dalam perkahwinan

Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu seperti yang dinyatakan

Orang yang berkahwin yang mempunyai cita-cita yang besar

terlalu banyak hiburan sebagai suami isteri

Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam itu kebahagiaan dan kepuasan,

bahkan satu keindahan

Kalau naluri kurang dapat ditunaikan banyak lagi hiburan yang lain

seperti yang telah disebutkan

Jadi kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada tuntutan naluri sahaja

Itu orang tidak ada cita-cita besar, orang yang tidak berpandangan jauh daripada

perkahwinan

Oleh itu tidak timbul cakar harimau, bukan itu matlamat

Cakar harimau tidak payah diajar-ajarkan itu sangat memalukan

Oleh itu jangan dibesar-besarkan, bukan itu matlamat perkahwinan

Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macam mana, bagaimana,

Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan

Padahal cita-cita perkahwinan di dalam Islam, cita-cita yang mahal, cita-cita yang murni,

cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang

Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan

Orang yang bertaqwa itulah hiburan, itulah kepuasan, itulah kebahagiaan,

itulah cita-cita umat Islam yang silam di dalam perkahwinan

Mart kita anjakkan paradigma kita tentang memahami perkahwinan

 

20.6.2004-2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer