warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Menganggap Agama Bangsa Perkara Kecil







Menganggap Agama Bangsa Perkara Kecil





Menganggap Agama Bangsa Perkara Kecil

25.6.2004 2

Menjelang tidur

Perbualan umat Islam hari ini jika bertemu, perbualan bersifat peribadi

Skop perbualannya sangat sempit dan terbatas sekali

Sekitar makan, minum, pakaian, tempat tinggal, gaji, isteri

Tuhan, bangsa, agama, negara, perjuangan, Akhirat jarang diperbualkan setiap hari

Jika bertemu di sekitar itulah perbualannya

Anda kerja apa? Berapa gaji anda? Tempat tinggal di mana? Sudah kahwinkah?

Berapa orang anak?

Kalau tidak bercerita tentang tadi bercerita tentang tempat kerja

Bos aku  itu asyik menyinga aja! Apa sahaja aku buat serba tidak kena,

pening kepala aku dibuatnya!

Kalau belum kahwin cerita fasal kahwin

Susahlah hendak kahwin sekarang ini, belanja hantaran mahallah!

Orang macam aku ini siapalah hendak, jawatan kecil gaji kecil,

perempuan sekarang mata duitan!

Orang macam engkau mudahlah kahwin, ramai perempuan yang hendak,

engkau yang susah hendak pilih!

Jawatan engkau besar, gaji engkau besar, mana perempuan yang tidak hendak!

Cuma engkau sahaja yang belum mahu kahwin

Sekitar yang disebutkan tadilah rata-rata perbualan umat Islam bila bertemu

Jika ada orang menceritakan Tuhan, agama, bangsa, perjuangan,

ramai yang tercengang-cengang

Mereka rasa pelik, mereka tidak tahu hendak ikut  sama membualkannya,

mereka rasa asing

Kalau begitu umat Islam memandang agama, bangsa, negara perkara kecil sahaja

Agama kepunyaan ulama, bangsa dan negara ini urusan pemimpin negara

Ia bukan persoalan orang biasa atau urusan rakyat jelata

Oleh itu bagaimanakah agama hendak kuat, bangsa hendak dihormati,

negara hendak berdaulat

Ia bukan merupakan tanggungjawab bersama, bukan kepunyaan bersama,

hanya untuk orang tertentu sahaja

Begitulah nasib agama, bangsa dan negara di seluruh dunia Islam

Sungguh malang dan menyedihkan

Bilakah agaknya umat Islam bertanggungjawab, berjiwa besar dan bercita-cita besar serta berpandangan jauh

 

25.6.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer