warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mengabdikan Diri Kepada Tuhan







Mengabdikan Diri Kepada Tuhan





Mengabdikan Diri Kepada Tuhan

 

Marilah kita abdikan diri untuk Tuhan

Kita adalah hamba ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa

Mengabdikan diri kepada Tuhan seluruh jiwa raga

Seluruh yang ada di dalam diri kita lahir dan batinnya

Marilah kita abdikan diri kepada Tuhan anggota lahir kita

Yang lebih penting dan utama kita abdikan diri anggota batin kita

Kita abdikan diri, akal, fikiran dengan ilmu pengetahuan kita

Ini adalah anugerah Tuhan kepada kita

Kita tidak boleh mengabdikan akal dan fikiran bersama ilmu dan pengetahuan

selain Tuhan

Ia juga adalah makhluk Tuhan

Marilah kita abdikan hawa nafsu kita kepada Tuhan

Kehendak nafsu kita tundukkan kepada kehendak Tuhan

Sama ada kehendak Tuhan yang bersifat suruhan atau yang bersifat larangan

Ia juga makhluk ciptaan Tuhan, hamba Tuhan

Marilah kita abdikan roh atau jiwa serta perasaan-perasaan kepada Tuhan

Perasaan-perasaan yang sering sahaja bertukar ganti di dalam berbagai-bagai keadaan

Perasaan-perasaan kita selarikan dengan kehendak-kehendak Tuhan

Ia juga adalah hamba Tuhan

Perasaan-perasaannya kita tundukkan kepada kehendak-kehendak Tuhan

Kalau seluruh jiwa raga kita lahir dan batinnya mengabdikan diri kepada Tuhan

Maka sifat taqwa akan kita jadikan pakaian di dalam kehidupan

Apabila kita katakan diri kita adalah hamba Tuhan

Diri kita itu adalah anggota lahir dan batin kita

Yang bersifat fizik mahupun yang bersifat maknawi dan rohani

Kalau tidak ada salah satunya kita tidak mukallaf, tidak wajib menyembah Tuhan

Oleh kerana semua anggota itu adalah diri kita

Maka wajiblah semua anggota itu mengabdikan diri kepada Tuhan

Terutama anggota batinnya

Seperti akal, roh dan nafsu diri

Kalau anggota lahir sahaja yang beribadah yang batin tidak ikut serta

Ertinya ibadah rangka sahaja, rohnya tidak ada

 

31.10.2004 1

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer