warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mendidik Manusia Mesti Kaitkan Dengan Tuhan







Mendidik Manusia Mesti Kaitkan Dengan Tuhan




Mendidik Manusia Mesti Kaitkan Dengan Tuhan

 

Tidak pernah kita dengar orang berkata :

“Aku tidak mahu menipu kerana aku takut bangsa dan negara”

Atau ada hati kecil berkata: “Aku tidak mahu hasad dengki,  

Tidak mahu berdendam, mencuri, berzina

Dan lain-lain kejahatan kerana takut negara.”

Atau ada kedengaran orang menberi nasihat seseorang:

“Buatlah baik jangan buat jahat takutlah kepada bangsa dan negara!”

Yang selalu kita dengar atau hati kecil berkata “Aku tidak mahu buat jahat.”

Atau “Aku hendak buat baik kerana Allah suruh kita.”

“Tuhanlah suruh buat” “Tuhan tidak suka”

“Tuhan akan masukkan neraka orang yang jahat”

Orang buat baik atau tidak mahu buat jahat ada kaitan  dengan Tuhan

Rupanya buat baik atau tidak buat jahat jarang orang kaitkan

dengan bangsa dan negara

Cuma kalau orang buat baik kerana Allah, bangsa dan negaralah yang mendapat untungnya

Oleh itu kalau hendak mendidik manusia, kaitkan dengan Tuhan, yang mendapat untung sudah tentulah bangsa dan negara

Hendak jadikan manusia baik dan tidak jahat kenalkan Tuhan dan asuh manusia mencintai-Nya atau takutkan-Nya

Bukan ajak manusia cintakan bangsa atau negara

Cintakan bangsa dan negara adalah buah cinta Tuhan Allah

Kalau manusia baik dan manusia sudah tidak jahat, kerana takutkan Tuhan

memanglah bangsa dan negara yang mendapat untung

Bangsa dan negara secara automatik maju, aman damai

kerana orang takutkan Allah bukan takutkan bangsa dan negara

Tapi apa yang terjadi sekarang para pemimpin mendidik rakyat

cintakan bangsa dan negara

Bangsa dan negara tidak dicintai, Tuhan pun bukan sahaja tidak dicintai

bahkan Tuhan pun dilupai

Cintakan Allah, membawa orang cintakan bangsa dan negara

Cintakan Allah, bangsa dan negara yang akan mendapat untung

adalah bangsa dan negara maju, aman damai dan harmoni

Jadi cintakan Allah Tuhan semesta, adalah rahsia atau anak kunci orang cinta agama, bangsa dan negara     

 

4.1.03

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer