warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mencetuskan Kasih Sayang







Mencetuskan Kasih Sayang





Mencetuskan Kasih Sayang

25.6.2004 3

Menjelang tidur

Kita ini dari pemimpin hinggalah rakyat jelata mudah sahaja berkata:

Kita kenalah bertolak ansur! Barulah kita boleh hidup bersama.

Apakah bertolak ansur itu mudah, apa kaedahnya?

Apa pemangkinnya?!

Pernahkah kita dididik rakyat cara itu dari kecil lagi!

Cuba jawab bersama

Marilah kita bekerjasama untuk kepentingan bersama!

Mudah sahaja kita berkata begitu, ilmunya tidak pernah diperkata

Kalau kita bercakap orang sudah boleh menerima dan boleh melakukannya

ertinya mudahnya mendidik manusia, begitukah?

Mendidik manusia, kena  kenallah manusia, ada  ilmunya, ada kaedahnya

Mendidik manusia tidak semudah dikata

Dari kecil tidak pernah diasuh, dari sekolah lagi tidak pernah diperkata

tiba-tiba setelah dewasa minta dikota?!

Tidak masuk akal, tidak munasabah manusia boleh terus bertindak

Sikap dan watak manusia itu adalah hasil asuhan dan didikan

Ia mestilah dilatih dari kecil lagi barulah berkesan

Marilah kita cintakan agama, bangsa dan negara!

Slogan ini tidak semudahnya orang boleh cinta

Kalau cinta nafsu, memang tidak payah diajar, tidak payah diasuh,

orang sudah sedia pandai

Macam cinta laki-laki atau perempuan, ia cinta nafsu mudah berlaku

Kita kenalah faham ini

Tapi cintakan agama, bangsa dan negara tidak mudah berlaku hanya sekadar berkata

Ia bukan cinta kepada sesuatu yang terangsang dan merangsang

macam cinta laki-laki dan perempuan

Cinta yang ini mudah berlaku

Tidak diceritakan pun berlaku, memang setiap hari berlaku

Cintakan agama, bangsa dan tanah air tidak begitu

Ia perlu diasuh dari kecil, dididik dari sekolah lagi

Ia perlu pemangkin, perlu ilmu, perlu kesedaran, perlu galakan,

hingga mendarah mendaging

Disebut selalu itu hanya hendak menyuburkan sahaja

Sedangkan asasnya sudah ada, sudah bertapak di jiwa

Diharap semua golongan faham dan ambil tahu bahawa sebenarnya perkara besar, semua hal adalah hasil didikan

Bermula dari kecil lagi

 

25.6.2004 3

Menjelang tidur

+

+

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer