warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mencari Permata Yang Hilang







Mencari Permata Yang Hilang




Mencari Permata Yang Hilang

 

Merata kupergi

Mencari permata yang hilang

Persaudaraan dan perpaduan yang dikehendaki semua orang

Di luar negeri, merata negara

Di dalam negara aku jelajah pelosok-pelosoknya

Belum kutemui di dalam realitinya

Tidak kujumpa lagi di dalam sikap

Di pasar kucari tidak kujumpa

Di majlis-majlis kenduri sama sahaja

Di majlis-majlis pengajian kupergi, nafsi-nafsi juga

Di masjid-masjid kutinjau, serupa sahaja

Perpaduan dan persaudaraan baru kudengar di dalam perbincangan ilmu

Persaudaraan dan perpaduan kutemui baru bersifat saranan-saranannya

Baru sekadar kudengar pada slogan-slogan dan tema-tema sebagai slogan

Baru kulihat ulasan-ulasan media massa

Di dalam praktikal belum kujumpa

Di dalam realiti tidak kulihat lagi

Di dalam sikap jauh sekali

Baru kusedar kita sedang membangun

Di dalam masa persaudaraan dan perpaduan yang telah hilang

Ini amat merbahaya di dalam kita menuju wawasan

 

Selepas Asar

16.5.97 (8 Muharam 1418)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer