warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Menagih Kasih Sayang







Menagih Kasih Sayang




Menagih Kasih Sayang

 

Merata tempat aku menagih kasih sayang

Namun kasih sayang belum kujumpa

Ke sana ke mari aku mencari kasih sayang

Namun belum kutemui lagi

Rupanya kasih sayang sudah hilang

Kerana jiwa manusia sudah mati

Pokok kasih sayang sudah tidak tumbuh di jiwa

Manakan ada buah kasih sayang?

Tuhan sudah tidak dicintai lagi oleh amnusia

Mana boleh terjalin cinta-mencintai sesama manusia

Patutlah merata aku cari kasih sayang

Kasih sayang sudah tidak dijumpai lagi

Kerana jiwa manusia sudah mati

Bilakah akan kuperolehi kasih sayang ini?

Apakah akan ada harapan lagi?!

Masih adakah kasih sayang di dunia ini?

Di manakah hendak kucari?

Dengan pemimpin?

Dengan kawan?

Dengan si kaya?

Dengan si alim ulama?

Bilakah aku boleh jawab pertanyaan ini?

Mampukah aku memberi jawapannya?

Entahlah kita tunggulah nanti!

 

2.12.99

Menjelang Tidur 4

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer