warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Memperjuangkan Islam Tidak Mengikut As Sunnah







Memperjuangkan Islam Tidak Mengikut As Sunnah 





Memperjuangkan Islam Tidak Mengikut As Sunnah

 

Umat Islam hari ini bukan hendak memperjuangkan Islam

Tapi berjuang mencari sesuap nasi dengan Islam

Berjuang memerangi orang yang memperjuangkan Islam

Memperjuangkan Islam untuk mendapatkan wang

Kerana itulah kalau hendak mengajar atau berdakwah tawar-menawar lebih dahulu

baru mahu datang

Setengah pemimpin memperkatakan Islam disulam-sulam di dalam ucapan

Bercakaplah dengan semangatnya, tapi dia sendiri pun tidak faham

Kerana Islam yang diucapkan bukan dari hatinya tapi sebagai penyedap percakapan

Yang  diucapkan Islam yang dibuatnya ajaran syaitan

Ada juga yang berjuang ada sedikit nampak Islamnya tapi militan

Rosaknya lebih banyak daripada kebaikan

Buruknya lebih nampak daripada keindahan

Ada juga orang memperjuangkan Islam hanya sebagai slogan

Bukan tujuan untuk diamalkan

Semata-mata untuk melariskan apa yang dia perjuangkan

Kerana orang yang jahil mudah dapat dikelirukan

Sekarang merata-rata orang jual nama Islam

Maklumlah di akhir zaman ada janji Tuhan ada kebangkitan Islam

Masing-masing mengambil peluang mengaku jemaahnyalah yang akan membangkitkan

Bukan semua jemaah, tapi jemaah pilihan Tuhan

Pemimpinnya ditunjuk Tuhan, pengikutnya taat setia dan berlaku perpaduan

Sistem perjuangannya tidak mengikut kaedah sezaman

Ahli-ahlinya bangun malam bersama Tuhan, siang harinya sibuk berjuang

Mereka hidup laksana satu keluarga daripada satu ibu dan bapa

Mereka adalah orang-orang pelik di tengah-tengah orang ramai yang biasa-biasa sahaja

Kerana mereka membangunkan As Sunnah di ketika As Sunnah dikuburkan orang sekalipun ulamanya

Golongan mereka sedikit tapi dibantu Tuhan

Mereka  sedikit tapi lebih kuat daripada yang ramai

Kerana di belakang mereka adalah Tuhan

Mereka yang ramai di belakang mereka adalah syaitan

 

13.9.2004 4

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer