warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Memperjuangkan Agama Dan Bangsa







Memperjuangkan Agama Dan Bangsa





Memperjuangkan Agama Dan Bangsa

 

(Untuk umat Islam seluruh dunia dariku Ashaari Muhammad)

Engkau memperjuangkan agama dan bangsakah

atau engkau berjuang menggunakan agama dan bangsa?

Memperjuangkan agama dan bangsa tidak sama berjuang menggunakan

agama dan bangsa

Kalau engkau berjuang untuk agama dan bangsa engkau berkorban untuk keduanya

Engkau sanggup susah dan menderita kerana keduanya

Engkau sanggup jadi miskin kerana agama dan bangsa

Agama dan bangsa lebih engkau cinta daripada dirimu sendiri

Bahkan engkau sanggup korbankan nyawa kerana keduanya

Kalau engkau berjuang mengguna agama dan bangsa lain sifatnya

Ertinya engkau berjuang mengalatkan agama dan bangsa untuk kepentingan diri engkau

Berjuang menggunakan agama dan bangsa, agama dan bangsalah yang akan terkorban

Engkau tidak akan sanggup berkorban, lebih-lebih lagi tidak sanggup terkorban

Jika engkau sanggup berkorban tentulah engkau hendakkan pulangan

Kalau tidak ada pulangan jangka pendek mahupun jangka panjang

engkau tidak sanggup berkorban

Jika sanggup juga berkorban hanya hendak menyorokkan tembelang

jangan orang perasan

Tanda-tanda orang yang berjuang menggunakan agama dan bangsa kalau orang perhati nampak dan terang

Tanda-tanda itu boleh disenaraikan seperti yang akan dinyatakan:

1. jawatan jadi rebutan

2. kerana hendakkan jawatan jatuhkan kawan atau dibeli dengan wang.  

3. Sekiranya tidak ada jawatan hati sakit dan meradang

4. kerana hendakkan jawatan menggunakan pengaruh pemimpin yang ada jawatan

5. jika sudah diusahakan untuk dapat jawatan, gagal juga

tenaga dan pengorbanan dibekukan

6. suka menonjolkan diri dan memperleceh kawan sekalipun nampaknya berkawan

7. berkawan di dalam satu perjuangan tidak ada kejujuran

8. berkawan selama mana orang itu dapat dialatkan

9. jika tidak boleh dialatkan lagi berkawan pun renggang

10. kalau parti sudah jadi kerajaan, banyaklah projek jadi rebutan

Itulah dia diantara sifat-sifat orang yang berjuang menggunakan agama dan bangsa

Rakyat biasa atau orang tidak peka, tidak perasan

Kerana orang yang berjuang atas niat apapun sibuk dan tidak ada kerehatan

Jadi orang ramai tidak dapat mengesannya

Orang ramai menyangka mereka benar-benar berjuang untuk agama dan bangsa

Rupanya mereka berjuang mengguna agama dan bangsa untuk kehidupan mereka

Tidak hairanlah umat Islam berjuang di seluruh dunia

Yang berlaku hanya perpecahan sesama sendiri

Yang berlaku peperangan sesama umat Islam

Yang berlaku kemunduran dan kemiskinan

Yang berlaku hanya kepentingan diri, yang kuat senang,

Yang lemah miskin merempat, terbuang

Yang berlaku pemimpin-pemimpin pejuang agama dan bangsa kaya, rakyat tetap miskin

 

30.10.2004 1

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer