warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Meminta Minta Menjatuhkan Wibawa







Meminta-minta menjatuhkan wibawa




Meminta-minta Menjatuhkan Wibawa

 

Jauhi meminta-minta ia akan mejatuhkan wibawa kita

Wibawa adalah harga diri manusia, kenalah dijaga

Janganlah lahirkan keluh-kesah di hadapan manusia

Ramai orang tidak suka dan banyak orang akan risau dengan sikap kita

Orang pun tidak minat hendak berkawan dengan kita

Janganlan berkawan dengan manusia kerana inginkan sesuatu pada mereka

Mungkin mereka berkawan tidak dari hati hanya terpaksa

Boleh jadi kita akan dijadikan hambanya

Tuturkata kenalah dijaga, kurangkan gurau senda atau sekadarnya sahaja

Kerana ia boleh menjatuhkan kehormatan kita

Kurangkan bergaul dengan perempuan ajnabi kecuali kerana ada keperluan yang tidak dapat dielak

Kerana ia boleh mendatangkan fitnah atau hilang wibawa kita

Di tengah ramai duduklah di tempat yang sesuai dengan kedudukan kita

Agar semua golongan memuliakan kita

Janganlah memuji-muji diri kita

Kalau memang ada sesuatu yang mulia pada diri kita orang akan memujinya

Kerana memuji diri ini orang benci, bahkan orang meluat pada kita

Bahkan ia merupakan pantang-larang agama

Jagalah maruah diri di mana sahaja berada

Berakhlaklah di mana-mana sesama manusia

Supaya orang sentiasa hormat dan memberi kepercayaan kepada kita

 

 3.9.2001

Menjelang tidur 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer