warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Membangunkan Agama Dan Bangsa Islam







Membangunkan Agama Dan Bangsa Islam





Membangunkan Agama Dan Bangsa Islam

 

Membangunkan satu bangsa tidak semudah dikata

Lebih-lebih lagi hendak membangunkan umat Islam tidak semudah dicerita

Memabngunkan bangsa Islam banyak syarat-syaratnya

Kalau tidak faham syarat-syaratnya dan tidak pandai mengisi syarat-syaratnya,

hanya angan-angan sahaja

Di antara syarat-syaratnya agar jelas dan nyata untuk mudah melaksananya

seperti yang akan dinyata

Ada pemimpin yang berilmu, bertaqwa, berwibawa, ikhlas memimpin bangsa

Ada team kepimpinan yang berilmu, ada rasa bersama, boleh bekerjasama, boleh berkorban harta dan jiwa

Rakyat dan pemimpin juga cerdik pandai mesti ada cita-cita agama dan bangsa

Para pemimpin dan cerdik pandai mampu memimpin rakyat-rakyatnya

Perlu bersatu-padu berjuang, rasa bersama dan bekerjasama, berkorban apa sahaja

Ada jemaah, ada program di dalam jemaah di semua aspeknya

Ertinya di dalam jemaah ada pembangunan insaniah, ada pembangunan material

untuk kehidupan

Faham masalah di dalam jemaah dan mampu menyelesaikannya

Pandai membuat mana yang utama daripada yang kurang utama

Yang patut didahulu didahulukan, yang patut dikemudian dikemudiankan

Masalah rakyat di semua aspek kehidupan mereka dapat diurus dengan baiknya

Rakyat dan pemimpin rajin bekerja dan aktif berusaha untuk agama dan bangsa

Kepentingan diri, keluarga dan kroni tidak ada

Ada program keluar untuk menyedar dan menginsafkan manusia

terhadap Tuhan dan agamanya

Mana-mana yang sudah sedar dan insaf terus diberi ilmu dan dididik secara istiqamah

Membangunkan agama dan bangsa perlu strategi, perlu bijaksana perlu lama

Apakah ada pemimpin umat Islam di hari ini boleh mengisi syarat-syaratnya

Apakah pemimpin umat Islam di hari ini ada ilmu tentang

membangunkan agama dan bangsa?

Apakah pemimpin hanya sekadar boleh berslogan

sedangkan ilmu mengenainya tidak ada?

Apakah ada pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas kerana Tuhan

bukan kerana nama dan glamor?

Apakah para pemimpin mampu memberi contoh lebih dahulu sebelum rakyatnya?

Tentu susah untuk menjawabnya!

Lebih-lebih lagi susah untuk melaksana

Lebih susah lagi untuk sabar melaksana bila berhadapan dengan cabaran-cabarannya

Ya! Memang susah dan pahit untuk bangunkan agama dan bangsa

 

23.7.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer