warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mazmumah Manusialah Yang Bergaduh







Mazmumah manusialah yang bergaduh




Mazmumah manusialah yang bergaduh

 

Hakikatnya yang bergaduh, berkrisis, berkelahi

dan berperang di dunia ini adalah sifat mazmumah manusia

Mazmumah-mazmumah yang disuburkan setiap masa dan ketika

Yang menjadi mangsa adalah manusia

Tapi yang bergaduh dan berperang itu tidak nampak oleh mata

Yang nampak adalah manusia yang  menjadi senjatanya

Setiap hari bergaduh, berkrisis, berperang, mazmumah manusia

Bergaduh dan berperang

Di antara sombong dan hasad dengki

Di antara dendam kesumat dan sifat marah yang memusnah

Di antara riyak dengan sum'ah yang menjadi orang sakit hati

Di antara penghasut hati dan tamak yang dibenci

Mazmumah-mazmumah manusia  bergaduh dan berperang tidak henti-hentinya

Begitulah mazmumah manusia yang bergaduh  dan berperang  setiap hari

Mata tidak nampak

Tapi kesannya  nampak pada kehidupan manusia

Makhluk yang berkrisis tidak nampak

Tapi senjata yang digunakannya nampak

Iaitu manusia yang menjadi alat kepada mazmumah

Manusialah yang parah dan susah

Manusialah yang menerima bahana dan padah

Kalau manusia sedarlah siapa yang menghasut dan mengunakannya

Mereka sudah tentu marah

Sudah tentu mereka akan memerangi berhabis-habisan mazmumahnya

Kerana mazmumahlah punca segala  petaka yang menimpa manusia

Jika manusia sedarlah bahawa jahatnya mazmumah

Mereka tidak akan bertolak ansur dengan mazmumah

Biarlah mereka berperang dengan mazmumahnya, iaitu seterunya

Daripada berperang sesama mereka.

 

1.7.2000

Menjelang tidur  - 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer