warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Masyarakat Yang Diidamkan







Masyarakat Yang Diidamkan




Masyarakat Yang Diidamkan

 

Aku rindukan masyarakat yang berkasih sayang

Bersatu padu, rasa bersama bekerjasama, bertolong bantu

Yang susah dibela, yang senang membela

Yang pandai menjadi obor, pemimpin menaungi dan memayungi

Aku menginginkan satu kehidupan yang murni dan harmoni

Hormat-menghormati di antara sesama manusia

Tidak ada benci-membenci, tidak ada khianat-mengkhianati

Maaf-bermaafan, bertimbang rasa, peri kemanusiaannya tinggi

Golongan tua dan para ketua dihormati, mereka boleh dicontohi

Golongan bawah atau orang-orang biasa dikasihi

Para pemuda-pemudi pemalu, tenaga mereka sangat berguna

Rajin bekerja, mereka menjadi aset negara, bangsa dan agama

Maksiat yang menjolok mata atau terang-terangan tidak ada

Masyarakat bersih daripada noda dan dosa

Hidup penuh dengan bersopan santun dan kasih mesra

Kurangnya jenayah, tidak ada berbalah, ketakutan tidak ada

Ulama dihormati, kerana akhlak mereka tinggi

Akhlak mereka bayangan Nabi, hingga mereka dicontohi dan dipandang tinggi

Mereka adalah obor masyarakat, juga pemimpin tidak rasmi

Sentiasa menunjukkan ajar, memberi nasihat dan diikuti

Mana ada masyarakat yang begini yang menjadi idaman bersama

Hanya wujud di zaman salafussoleh yang gemilang

Pejuang-pejuang Islam, masyarakat beginilah yang hendak diperjuangkan

Agar zaman gemilang Islam datang berulang

 

16.9.2003

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer