warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Masyarakat Mukmin Memang Unik







Masyarakat Mukmin Memang Unik




Masyarakat Mukmin Memang Unik

 

Masyarakat orang mukmin itu memang unik

Orang-orang kaya, tidak sempat berlaku kaya

Kerana apabila mendapat harta atau apa-apa nikmat, tidak sempat disimpan lama

Terus sahaja diagihkan

Dapat lagi, diagih lagi kepada orang yang patut menerimanya

Begitu juga orang yang miskin, tidak jadi miskin berlama-lama

Dia tetap diistilahkan miskin kerana sumber usahanya tidak ada

Namun kehidupannya semakin tidak miskin

Kerana masyarakat sentiasa mengutamakannya

Setiap orang memikirkannya

Kerana orang ramai tahu yang dia miskin

Dia tempat sasaran pemberian orang ramai

Kerana itulah di dalam masyarakat orang mukmin

Orang kaya dengan orang miskin tidak jauh bezanya

Yang berada tidak sempat kaya berlama-lama

Atau tidak akan menjadi sangat kaya

Kerana dia sentiasa sahaja menginfakkan hartanya

Yang miskin pula tidak sempat miskin berlama-lama

Atau tidak menjadi miskin sekalipun dia diistilahkan miskin

Kerana dia tempat orang ramai mencurahkan sedekah dan bantuannya

Begitulah indahnya hidup di dalam masyarakat orang mukmin

Orang kaya sentiasa berkorban

Orang miskin adalah tempat orang ramai memberi bantuan

Akhirnya masyarakat mukmin sentiasa makmur

Berkat dan rahmat Allah sentiasa mencurah-curah

Kita merindui masyarakat yang beginilah

Tapi kita tidak tahu bilakah berlakunya

Menjelang tidur

21.12.99 (13 Ramadhan)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer