warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Masalah Yang Sebenar







Masalah Yang Sebenar




Masalah Yang Sebenar

 

Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah

Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam kehidupan di kalangan insan

Yang menjadi masalah bukan masalah itu, yang menjadi masalah orang tidak tahu peranan Tuhan

Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya masalah

Jadi sudah jadi dua masalah, yang bukan masalah jadi masalah,

yang masalah memanglah masalah

Apabila tidak kenal peranan Tuhan masalah itu memanglah jadi masalah

dua kali masalah

Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah, kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah

Kalaulah masalah itu adalah masalah, Rasul, Nabi Tuhan tidak akan timpakan mereka masalah

Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya, Tuhan tahu pada mereka bukan masalah

Kerana itulah mereka ditimpakan masalah

Pada mereka masalah itu adalah ibadah

Masalah itu adalah pahala dan Syurga

Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah

Kerana itulah masalah itu mereka tidak jadikan masalah

Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah

Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah

Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka, pangkat dan darjat di dalam Syurga

Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-bagai masalah

Tuhan bertambah cinta kepada mereka dengan masalah, yang mereka anggap bukan masalah tapi ibadah

Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih-kekasih-Nya

Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah

Pada Tuhan masalah yang ditimpakan kepada kekasih-kekasih-Nya bukanlah masalah

Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka bermasalah

Dengan masalah-masalah itulah mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga

Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak difaham oleh orang biasa

 

8.3.2004 3

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer