warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Masa Depan Yang Abadi.







Masa depan yang abadi.




Masa Depan Yang Abadi.

 

Ramai orang memikirkan masa depannya

Masa depan yang dimaksudkan di masa tuanya

Mengapa singkat sangat fikirannya

Masa tua ertinya masa menunggu mati yang tidak lama

Masa depannya yang sebenar adalah selepas mati

Di sana ada satu kehidupan yang kekal abadi

Di sanalah kita berlama-lama tidak ada hujungnya

Masa depan yang itulah yang patut difikirkan dengan serius

Takuti dan cintailah Tuhan untuk masa depan di sana

Berkasih sayanglah sesama manusia untuk masa depan yang abadi

Kalau kita tersilap di sini meranalah kita di sana

Kerana itulah masa depan di sana yang patut difikirkan bukan masa tua kita

Berkhidmatlah untuk manusia demi masa depan yang tiada hujungnya

Bekerjasama dan rasa bersamalah sesama manusia untuk selepas mati

Bermaaf-maafanlah kita demi masa depan yang tidak diukur oleh masa

Agar kita tidak kecundang hidup di Akhirat sana

Elakkanlah bermusuhan dan pergaduhan demi masa depan abadi

Masa depan di Akhirat yang tidak ada usaha buat kita

Berbaik-baiklah kita sesama manusia demi masa depan di negara abadi

Supaya tidak menyesal di masa kita di sana

Sebelum terlajak ke sana marilah kita cintakan Tuhan

Marilah berkasih sayang sesama kita tidak kira bangsa

Hidup di dunia hidup yang harmoni dan bahagia

Hidup di sana juga terlepas dari seksa Neraka   

 

1.4.2003 2

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer