warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Maruah Jatuh Tidak Terasa







Maruah jatuh tidak terasa




Maruah Jatuh Tidak Terasa

 

Manusia yang telah rosak jiwanya atau fitrahnya

Setiap hari terjatuh wibawanya tidak pun terasa malu

Kerana dia sendiri yang menjatuhkan maruahnya dia tidak terasa

Adakalanya kerana arak apabila mabuk terjatuh di dalam longkang

Apabila dia sedar biasa sahaja

Setiap hari perkara-perkara sulit di dalam diri yang sepatutnya malu jika terdedah

Dengan bangga pula dia didedahkan

Tidak pula terasa malu

Tidak pula terasa yang maruahnya telah koyak-rabak

Tidak pula terasa yang dirinya sudah tercabar imejnya

Berpegang-pegang tangan, berdua-duaan laki-laki perempuan yang bukan muhramnya

Padahal dia lakukan di khalayak ramai

Tidak sedikit pun dia terasa malu

Bahkan berbangga pula dapat membawa perempuan

Berpegang-pegang tangan dan bercumbu-cumbuan

Padahal zaman sekarang orang sudah pandai-pandai

Rupanya dengan kepandaian sahaja belum boleh terjamin

seseorang boleh menilai-nilai baik dan buruknya

Kalau fitrah telah rosak dan hati telah buta

Akan berlakulah krisis nilai

Ramailah manusia yang rupa parasnya masih kekal

Tapi perangainya haiwan atau syaitan

Paling tidak, hidup macam kayu-kayan

Di waktu itu punah-ranahlah kehidupan

Rosaklah masyarakat dan pergaulan

Maka Allah Taala pun menimpakan kepada manusia sentiasa gelisah di dalam kehidupan.

 

27.8.2000

Menjelang Tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer