warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan







Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan





Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan

 

Marilah kita berukhwah dan berkawan kerana Tuhan

Hingga kita jadi jemaah Tuhan sekelian alam

Jika kita berkawan kerana Tuhan, kita tidak akan berlaku perpisahan

Mesti kita berkawan sampai penghujung perjuangan

Kalau kita berkawan kerana Tuhan kalaupun ada perbalahan tidak akan berpanjangan

Perbalahan dan krisis mudah diselesaikan

Biasalah manusia hamba Tuhan sedikit-sedikit membuat salah dan kesilapan

Tapi mudah selesai dan mudah dihilangkan

Kalau kita berkawan di dalam perjuangan bukan kerana Tuhan

Bukan kerana takutkan dan cintakan Tuhan perbalahan mudah datang

Hendak menyelesaikan pula selalunya berpanjangan

Tuhan adalah pengikat ukhwah dan perpaduan

Tuhan adalah anak kunci kesatuan dan kekuatan

Wang, harta, pangkat, nama, dan jawatan selalunya mendatangkan perbalahan

Oleh itu janganlah diharapkan selain Tuhan boleh berpadu dan menjadi kekuatan

Selalunya kerana wang, harta, pangkat dan lain-lainnya

selalu sahaja membawa perselisihan

Perselisihan membawa renggang kasih sayang

Apabila renggang kasih  sayang pecahlah perpaduan dan kesatuan

Di waktu itu umat Islam akan lemah, musuh pun mudah menghancurkan

Ingatan ini hendaklah diambil perhatian

Kekuatan umat Islam berkawan, berjemaah adalah takut dan cintakan Tuhan

Janganlah cari kekuatan selain Tuhan

Bahkan selain Tuhan telah dikatakan sebelum ini ia selalu sahaja membawa perpecahan

Oleh itu marilah kita perjuangkan Tuhan

Marilah kita berkawan dan berjemaah, bersama Tuhan kita berkawan

Itulah dia kekuatan umat Islam sepanjang zaman

Janganlah kita was-was dan janganlah kita dikelirukan

Seluruh kehidupan kita Tuhan mestilah dibawa bersama berkawan

Tuhan adalah sahabat setia kita sepanjang zaman

Sahabat yang mengawal kita dan menjaga kita di dalam keadaan apa pun

Tapi umat Islam hari ini seluruh dunia Tuhan telah ditinggalkan

Umat Islam terdedah kepada kejahatan musuhnya

Sedangkan musuhnya ada kekuatan lahir yang kuat

Padahal umat Islam kekuatan material pun tidak ada, Tuhan pun ditinggalkan

Kedua-dua kekuatan sudah tidak ada, bagaimanalah hendak  menang

 

20.9.2004 2

Selepas Subuh / menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer