warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mari Mengenal Insan







Mari mengenal insan




Mari mengenal insan

 

Mari kita mengenal manusia (insan)

Kejadiannya yang pertama daripada tanah

Kejadiannya yang kedua daripada mani, air yang hina dan meloyakan

Keluar daripada tempat yang hina dan menjijikkan lagi memalukan

Fizikalnya lebih lemah daripada haiwan

Seperti anjing, kucing, harimau, singa dan gajah

Tercucuk duri yang kecil sahaja pun terasa sakitnya

sudah mengganggu dan menyusahkan

Anjing atau kucing kalau patah kaki sebelah

masih mampu berjalan bahkan masih boleh berlari ke sana ke mari

Kalau manusia tidak payah patah

kalau tergeliat pun sudah berpapah

Selalu sahaja makan banyak mengundang penyakit

Kalau sedikit makan badan pula lemah

Terlalu sejuk pun tidak tahan,

terlalu panas pun tidak tahan

Mudah sahaja ditimpa penyakit atau demam

Terlalu banyak kerja meletihkan badan,

Tidak bekerja pun melesukan badan,

kecerdasan hilang.

Bila berhadapan dengan udara tidak bersih

Mudah sahaja diserang penyakit

Selalu bergaul dengan orang yang berpenyakit lebih-lebih lagi, penyakit menjangkit

Lambat makan beberapa jam sahaja sudah terasa lapar,

Lebih daripada itu melemahkan badan

Padahal binatang beberapa hari tidak makan belum begitu terjejas

Begitulah satu hari tidak dapat air sudah haus

Kalau beberapa hari tidak dapat lemah terus

Apa yang keluar daripada badannya

Lebih-lebih lagi daripada rongga-rongganya semuanya menjijikkan

Baunya busuk lagi meloyakan

Seperti yang keluar daripada lubang telinga, mata,

hidung, daripada rongga-rongga bulu roma

Apatah lagi yang keluar daripada dua jalan depan dan belakang

Jika diserang kudis danur dan nanahlah yang keluar

Bahkan ulat pun boleh keluar juga

Sangat jijik dan meloyakan

Itu baru jasad lahir manusia yang kita perkatakan

Belum lagi jasad batin atau yang bersifat maknawiyah yang akan kita sebutkan

Juga ketahanannya tidak ada atau rapuh,

Sangat sensitif yang menyusahkan,

boleh menggugat kebahagiaan dan ketenangan

Kita datangkan beberapa contoh untuk pengetahuan

Sedikit sahaja orang kata atau cerca sudah menyakitkan hati

Belum lagi orang benci, menghina, memfitnah

Aduh lebih-lebih lagilah,

menderita dan tergugat diri, hilang ketenangan

Kalau bertembung serentak dengan kesusahan-kesusahan yang lahir

seperti miskin, sakit,

Setengah orang kecewa bahkan putus asa

Melihat orang kaya atau senang, hati sakit pula

Datang penyakit hasad dengki lebih-lebih lagi bertambah jiwa sakit

Apabila masyarakat manusia sudah rosak

Berbagai-bagai gejala masyarakat yang menakutkan terjadi

Seperti jenayah pergaduhan, pencurian,

Rompakan, perogolan, pembunuhan, peperangan

Maka jiwa pun sentiasa diburu oleh ketakutan, musnah kebahagiaan

Kemudian manusia ada nafsu yang sangat menyusahkan

Ditahan kehendak-kehendaknya menyeksakan

Diturutkan sangat kehendak-kehendaknya merbahaya dan memudharatkan

Memudharatkan diri sendiri dan merosakkan orang lain

Juga manusia ada perasaan

Perasaan ini juga sangat menyusahkan diri seseorang

Melihat sahaja benda yang kotor menjijikkan dan meloyakan

Setengah orang selepas itu hilang selera hendak makan

Melihat sahaja benda yang menakutkan timbul rasa seram

Badan pun lemah longlai

Setengah orang kerana terkejut terus pengsan atau hilang akal

Oleh itu patutkah manusia sombong dan bangga?!

Cuma manusia ada untung sedikit, adanya akal

Dengan akal manusia boleh berfikir,

Dapat pengalaman, dapat ilmu pengetahuan

Boleh maju, boleh membangun dan bertamaddun

Tapi kalau akal sahaja yang dibangunkan,

roh tidak dibangunkan

Manusia boleh maju tapi bersama dengan kerosakan

yang berbagai-bagai  bentuknya

Akibatnya untung sekarung, rugi seguni

Negara cantik, tapi hidup di dalam ketakutan

Oleh itu di manalah istimewanya manusia?

Di manakah kehebatannya?

Hingga menjadi sombong, bangga dan riyak

Kalau tidak ada sifat taqwa maka tidak ada apa-apa keistimewaan manusia

Di Akhirat terjun pula ke Neraka wal 'iyazubillah.

 

18.7.2000

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer