warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mari Kita Mengenal Tuhan







Mari Kita Mengenal Tuhan




Mari Kita Mengenal Tuhan

 

Zat Tuhan wujud-Nya pada azali lagi

Wujud-Nya sedia ada kerana Dia bukan dicipta

Bahkan Dia pencipta segala yang ada

Dia kekal sepanjang masa, dahulu lagi sudah ada, azali namanya,

sekarang pun ada, di masa depan pun ada tidak ada akhirnya

Ertinya Dia kekal abadi buat selama-lamanya

Zat-Nya tidak serupa dengan segala yang ada atau dengan makhluk-Nya

Dia bukan jasad, bukan berketul, bukan jirim,

bukan panjang bukan pendek

Tidak serupa sama ada yang dapat dilihat mahupun yang tidak dapat dilihat oleh mata

Kalau begitu tidak mampu dapat dilihat oleh mata

mustahil juga dapat dikhayalkan oleh hati

Tidak dapat difikirkan oleh akal

Dia tidak bertempat, tidak mengambil ruang, tidak ada di dalam pihak,

tidak di dunia, tidak juga di Akhirat,

tidak terlibat dengan masa

Tidak terlibat dengan malam dan siang

Tiada siapa yang menjadikan-Nya, kerana Dia pencipta semuanya

Tidak berhajat kepada zat tempat berdiri, kerana Dia bukan sifat,

Dia adalah zat, zat tentulah tidak berdiri pada zat

Yang berdiri kepada zat itu adalah sifat

Tapi Dia adalah zat yang mempunyai sifat yang sempurna

yang terlalu banyaknya tidak dapat dihingga

Hidup-Nya bukan dengan nyawa,

Bukan dengan darah dan daging, bukan dengan udara dan air seperti makhluk-Nya

Tuhan adalah Esa, tidak boleh dibelah bagi kerana Dia bukan jasad, bukan berketul, bukan boleh dirasa, tidak juga rohaniah

Dia Maha Berkuasa, kuasa-Nya tidak terbatas mampu buat apa sahaja,

kuasa-Nya azali lagi

Dia juga berkehendak, kehendak-Nya terjadi, kehendak-Nya qadim lagi azali

Apabila Dia berkata “Jadilah”, terus jadi, Maha Hebat-Nya Tuhan

Ilmu-Nya meliputi semua yang ada mahupun yang tiada lagi azali macam zat-Nya juga

Mengetahui yang dahulu mahupun yang kemudian,

tidak tersembunyi sedikit pun sekalipun sebesar habuk

Dia mendengar tidak dengan suara, tidak dengan telinga, jauh dekat serupa sahaja

Dia melihat tidak dengan mata, yang terlindung mahupun tidak semuanya dilihat-Nya

Yang jauh dan yang dekat semuanya sama aja

Dia juga berkata-kata, Kalam namanya tidak berhuruf, tidak berlafaz,

tidak bersuara, tidak ada dahulu, tidak ada yang kemudian, seperti bahasa makhluk-Nya

Dia mempunyai sifat-sifat yang sempurna, tidak terhingga banyaknya,

di sinilah kebesaran dan keagungan-Nya

Dia adalah pemberi rahmat dan nikmat

Dia juga mendatangkan bala bencana

Memberi hidayah dan menyesatkan, menghidup dan mematikan

Mengadakan dan mentiadakan dengan hikmahnya

Kerana itulah Dia wajib dan patut disembah, disucikan, dipuji, dibesar dan diagungkan

Dia juga patut ditakuti dan dicintai

Tuhan adalah segala-galanya, setiap makhluk perlu kepada-Nya,

Dia tidak perlu kepada makhluk-Nya

Jadikanlah Dia tempat rujuk kalau mahu selamat dunia Akhirat

Rujuklah kepada-Nya kita akan selamat

 

17.6.2003 – 1

Menjelang Zuhur & Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer