warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mari Kempen Tuhan







Mari Kempen Tuhan




Mari Kempen Tuhan

 

Wahai manusia marilah kita kempen mengenalkan Allah Taala Sebagai Tuhan!

Supaya Tuhan itu dikenal dan disembah orang

Agar kita semuanya takut dan mencintai-Nya

Marilah kita jadikan Dia satu-satunya pemimpin tak payah ditandingkan dengan sesiapa

Dia adalah Esa, Maha Kuasa, Maha Mengetahui,Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Hebat tidak siapapun serupa Dia

Marilah kita promosi Tuhan! Ke seluruh dunia, mari kita kenalkan Tuhan

Dia adalah Maha Suci dari sebarang penyerupaan, Maha agung, Maha Perkasa

Marilah kita kenalkan Tuhan agar kita semua jatuh hati kepada-Nya

Ketahuilah diantara sifat-Nya yang istimewa Dia Maha Pengasih dan Maha penyayang kepada hamba-hamba-Nya

Marilah kita sembah, puji, besarkan Dia sepanjang masa

Marilah kita jadikan Tuhan adalah segala-segalanya sepanjang hayat kita

Kita jadikan Dia tempat meminta, jadikan Dia Pelindung, Pendidik dan Penyelamat kita

Marilah, marilah kita jadikan Dia tempat rujuk, tempat menyelesaikan segala masalah manusia

Marilah kita ajak manusia dan marilah jadikan Tuhan Pemimpin kita semua

 tidak kira apa bangsa

Marilah kita beritahu manusia bahawa ujian adalah didikan

dan pengajaran buat kita semuanya

Juga rahmat dan nikmat adalah ujian , apakqh kita bersyukur atau kufur demean nikmat-Nya

Mari, marilah kita kenalkan Tuhan, bahawa Dia adalah Pencipta segala-galanya, Pentadbirnya, Berkuasa ke atasnya

Selain Allah Taala tidak ada yang berkuasa malah dikuasa

Tidak bersekutu di dalam kuasa, di dalam membuat, di dalam mentadbir dan menjaga

Marilah kita beritahu manusia semuanya

Bahawa Tuhan tidak perlu kepada makhluk tapi makhluk memerlukan

Tuhan tidak mengambil manfaat di atas ciptaan-Nya

Faedahnya kembali kepada makhluk

Marilah kita ajak manusia , jadikan Dia kawan setia di mana sahaja

Kawan di waktu berpening dan kawan di hari musafir, di hari berehat dan di masa kerja

Marilah kita puji Dia, cintai Dia dan ingat selalu kepada-Nya

Wahai manusia marilah kita promosikan Tuhan besar-besaran, terus-menerus hngga Dia dikenal orang di seluruh dunia

Ketahuilah bahawa Tuhan adalah sumber keselamatan dan kesejahteraan

Marilah kita lari kepada-Nya, jangan lari daripada-nya

Marilah kita mencintai, marilah kita takut kepada-Nya nanti kita akan berkasih sayang sesama manusia

Mari, mari jangan kengah-lengah lagi kembali kepada Tuhan

Sudah lama kita manusia lari dari-Nya

Kita manusia huru-hara, menderita, sengsara kerana sikap manusia lari dari Tuhannya

 

16.1.2003

Menjelang Tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer