warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Manusia Yang Memburu Dunia Semata Mata







Manusia Yang Memburu Dunia Semata-mata





Manusia Yang Memburu Dunia Semata-mata

 

Aku hairan manusia ini bahkan kasihan pagi-pagi lagi setiap hari yang diburunya dunia

Ada yang ke laut kerana dunia

Ada yang ke kebun kerana hendak mendapatkan dunia

Ada yang sibuk dan bergegas-gegas ke pejabat kerana dunia

Ada yang ke sekolah kerana merebutkan dunia

Ada yang mati di waktu pergi mencarinya

Ada yang mati di waktu pulangnya

Yang tidak mati sempat pulang berletih-letihlah selepas buru dunia

Buru dunia yang saya maksudkan agar jangan salah faham memburu dunia itu

bukan kerana Tuhan, untuk Tuhan dan cara Tuhan

Memburu dunia semata-mata sesuap nasi untuk perut kemudian ke jamban

Memburu dunia semata-mata fikir minum dan makan

Memburu dunia semata-mata mencari kekayaan, Tuhan tidak disertakan

Ada yang mencari pangkat, nama dan glamor bukan cari Tuhan

Yang agak baik sedikit memburu dunia kerana bangsa dan watan

Setiap yang memburu  tidak semuanya dapat lumayan

Ada yang dapat sekadar makan, minum, berpakaian ala kadar tempat kediaman

Jarang sangat bahkan terlalu sedikit orang-orang keluar pagi mencari Tuhan,

kerana Tuhan, untuk Tuhan

Orang mencari Tuhan sungguh dagang

Mungkin diketawakan orang kerana ganjil daripada orang ramai

Macam gagak putih di tengah-tengah  gagak hitam tentulah menarik perhatian orang

Selepas itu sampai umur semuanya mati, apa yang dicari semuanya ditinggalkan

Dia pergi ke Akhirat hendak bertemu Tuhan yang kekal abadi

yang mereka akan ditanyakan semua persoalan

Aduh! Bila  ditanyakan nanti apakah boleh menjawab soalan?

Apabila ditanyakan nanti mengapa ke laut, mengapa ke darat, mengapa ke sekolah, mengapa ke pejabat, bolehkah jawab?

Jawab mengikut kehendak Tuhan bukan kehendak insan

Apabila jawapan tidak betul, kena palu dan godam sakitnya bersangatan

Terpekik-pekik dan terlolong-lolong tiada siapa yang boleh menyelamatkan

Selepas itu terjun pula ke Neraka penderitaannya tidak dapat dibayangkan

Rupanya hasil buru dunia di dunia, kesudahannya bertemu Tuhan

Di dunia hidup terlalu sekejap, di Akhirat berlama-lama tidak berkesudahan

Kalau ke Syurga sungguh indah kehidupan, jika ke Neraka menanggung penderitaan

Waktu di dunia betulkan cara hidup agar di Akhirat tidak kecundang

 

21.9.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer