warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Manusia Yang Bersifat Binatang







Manusia Yang Bersifat Binatang





Manusia Yang Bersifat Binatang

 

Manusia hari ini termasuk sebahagian umat Islam sifatnya binatang

Yang tidak boleh ditukar rupa manusianya sahaja

Tapi sifatnya telah bertukar sifat binatang yang melata

Ada yang bersikap harimau dan singa menjadi garang menerkam orang

Ada yang bersifat buaya membaham apa sahaja menjadi makanannya

Ada yang bersifat biawak memakan bangkai tidak fikir halal haram

Selagi boleh dimakan, makan apa sahaja

Ada yang bersifat ular sawa menipu daya, membelit orang dan menelannya

Selepas itu tidur berlingkar kerana kekenyangan berbulan lamanya

Ada yang bersifat beruang nampak baik sahaja, tidur mata tidak terbuka

Apabila terjaga dia peluk orang dan cakar badan dan muka

Ada yang bersifat babi, makan kekotoran begitu buruk dan menjijikkan

Tanpa silu dan malu yang penting kenyang

Apa orang hendak kata, katalah peduli apa

Ada orang bersifat tikus mengganggu  orang di waktu malam

Tidak boleh orang tidur dibuatnya

Dia mengganggu keselamatan orang

Hingga orang tidak senang dan tenang dibuatnya

Ada orang sifatnya lalat membawa kuman merata-rata

Berlakulah penyakit di mana-mana di kalangan manusia

Begitulah secara umum  hari ini di mana-mana negara termasuk yang Islamnya

Keamanan sudah tidak ada di mana-mana

Di mana sahaja ketakutan menghantui manusia

Kalau manusia sudah sifat binatang siapa lagilah hendak dipercaya

Jika manusia masih bersifat manusia tidak dapat kawan

Apatah lagi jika manusia itu ada satu dua yang bertaqwa alangkah dagangnya

Maka dia pun tersingkir dan terpinggir oleh masyarakatnya

Terlalu asing dipandang oleh manusia binatang

Wahai Tuhan bila lagilah Engkau hendak datangkan penyelamat

Agar manusia sifat-sifatnya dipulihkan semula

Supaya dunia ini bersih daripada angkara

Begitulah perasaan setiap hati manusia yang masih bersih jiwanya

 

 15.9.2004 4

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer