warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Manusia Tercari Cari Kebahagiaan







Manusia tercari-cari kebahagiaan




Manusia tercari-cari kebahagiaan

 

Kebahagiaan adalah penyelamat hidup manusia

Inginkan kebahagiaan adalah fitrah semula jadi setiap insan

Kehilangan kebahagiaan pada manusia ertinya kehilangan segala-galanya sekalipun ada pangkat dan harta

Walaupun begitu manusia tidak pandai mencari kebahagiaan

Padahal anak kunci kebahagiaan itu apabila dapat Tuhan dan mencintai-Nya

Kehilangan Tuhan ertinya kehilangan kebahagiaan sekalipun segala-galanya ada

Hari ini hampir semua manusia di dunia kehilangan kebahagiaan

Kerana itulah manusia setiap bangsa tercari-cari kebahagiaan

Sedangkan dunia telah membangun, maju dan bertamadun

Namun manusia tidak dapat juga kebahagiaan

Orang-orang Barat pergi ke Timur dan orang-orang Timur pergi ke Barat mencari kebahagiaan

Orang kampung pergi ke bandar, orang bandar pergi ke kampung

Namun kebahagiaan belum juga diperolehi

Orang darat pergi ke laut, orang laut pergi ke darat

Yang dicari belum juga dapat

Akhirnya manusia pergi ke hutan-hutan, ke gunung-gunung

Namun kebahagiaan makin jauh

Yang lebih hebat dari itu pergi ke Kutub Utara dan ke Kutub Selatan

Mencari kebahagiaan yang belum jumpa-jumpa

Padahal kebahagiaan itu ada di dalam diri manusia itu sendiri

Iaitu hidupkan jiwa rasa bertuhan

Jadikan Tuhan cinta agung

Jadikan Tuhan idola dan tempat rujuk segala perkara

Di sinilah rasa kebahagiaan akan diperolehi

Bukan di hutan, bukan di gunung dan bukan di mana-mana

 

20 Muharam 1421

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer