Manusia Telah Ditawan Oleh Nafsu
Manusia Telah Ditawan Oleh Nafsu
Angkasa lepas telah ditawan oleh manusia
Setelah bertahun-tahun mencuba tidak berjaya
Kalau bukit tidak dapat dikira banyaknya yang telah ditawan oleh manusia
Gunung Everest yang paling tinggi di dunia
Banyak kali manusia sampai kemuncaknya
Yang jatuh mati entah berapa banyak bilangannya
Kutub Selatan, Kutub Utara memang sudah lama dijelajah manusia
Lautan yang dalam semuanya telah ditawan oleh manusia
Hutan belantara, gurun padang pasir yang kering kontang perkara biasa
Menawan di antara bangsa dengan bangsa sudah menjadi budaya
Di antara negara dengan negara begitu juga
Sudah menjadi perkara lama
Macam-macam lagi ilmu-ilmu yang sulit dan tersembunyi dikuasai manusia
Bila dilihat di sudut ini, masya-Allah hebat sungguh manusia ini
Tapi bila berhadapan dengan nafsu manusia kalah selalu
Di sudut-sudut lain mereka menawan
Di sudut nafsu mereka ditawan
Hingga nafsu jadikan manusia sebagai bola
Ditendang ke hujung ditendang ke pangkal
Disepak merata padang
Atau macam daun-daun kering diterbangkan oleh angin merata-rata terbuang
Ada yang tercampak ke dalam longkang
Nafsu bila menawan manusia, diperkotak-katiknya semahunya-mahunya
Hingga manusia hilang malu dibuatnya
Patutlah Rasulullah bersabda:
"Siapa dapat menawan nafsu dia adalah wira"
Selepas Asar
2.6.97
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 777 reads
Post new comment