warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Manusia Sudah Jemu Dengan Hidup







Manusia sudah jemu dengan hidup




Manusia Sudah Jemu Dengan Hidup

 

Rata-rata manusia di dunia hari ini jemu dengan hidup

Kerana keindahan hidup sudah tidak ada lagi

Tidak bergaul dengan manusia tidak boleh hidup sendiri, bergaul pula sakit hati

Bergaul di mana pun, di pejabat, di sekolah, di tengah masyarakat ukhwah sudah mati, kasih sayang tidak ada lagi

Bahkan di dalam keluarga pun serupa aja keindahan tiada lagi

Kalau susah tanggung sendiri, yang kaya hidup senang,

takut bila orang hendak kidnap atau rompak dan curi

Sedikit sahaja salah orang maki maaf tidak ada lagi

Yang senang, pandai, kaya, ada jawatan tinggi, ada pengikut dihasad dengki

Yang tidak punya apa-apa dia rakyat jelata, miskin papa dihina, orang tidak ambil peduli

Hidup nafsi-nafsi walaupun bergaul hidup membawa diri, tidak ambil tahu sesama sendiri

Satu sama lain curiga-mencurigai sekalipun sekampung,

separti, satu pejabat, satu masyarakat

Prejudis sahaja sesama manusia terutama yang belum dikenali

Bahkan di masjid pun sama aja pautan hati satu sama lain sudah tidak ada

Murid dengan guru pun begitu, suami isteri juga begitu,

anak dengan ayah dan ibu ada juga terjadi

Taat dengan pemimpin bukan dari hati, kerana ingin sesuatu

Pemimpin dengan pengikut sama aja

masing-masing ada niat yang tersembunyi untuk diri

Ke mana pergi di dalam kebimbangan dan ketakutan bahkan susah hati

Apatah lagi perempuan muda sentiasa sahaja terasa ada bahaya

Sesungguhnya hidup di zaman sekarang, di zaman maju, di zaman IT  

kebahagiaan dan keindahan tidak ada lagi

Kerana itulah di hari ini sering sahaja berlaku sakit jiwa, kecewa,

putus asa dan bunuh diri

Pemimpin hanya boleh membangun, buat kemajuan,

menghilangkan ketakutan tidak mampu lagi

Kalau di dunia lagi susah mendapatkan kebahagiaan,

di Akhirat apatah lagi Nerakalah tempatnya nanti

 

28.6.2003 4

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer