warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Manusia Sentiasa Disaring







Manusia Sentiasa Disaring




Manusia Sentiasa Disaring

 

Manusia yang hidup di dunia sentiasa disaring

Untuk memilih yang solehnya

Tapi manusia tidak terasa

Padahal ia berlaku setiap masa

Cara menyaringnya Allah datangkan ujian-ujian

Ujian-ujian kesusahan dan ujian-ujian kesenangan

Ada yang tersaring disebabkan kesusahan

Ada yang tersaring disebabkan kesenangan

Ada yang tertapis disebabkan kesusahan dan kesenangan

Maka dengan tapisan itu maka lahirlah bermacam-macam kategori manusia

Ada yang menjadi kafir yang berbagai-bagai golongannya

Ada yang zalim berbagai-bagai sifatnya

Ada yang menjadi fasik yang bermacam-macam corak dan ragamnya

Tinggallah yang soleh terlalu sedikit

Mereka terdiri beberapa golongan pula

Ada yang diberi nama siddiqin

Juga ada golongan muqarrobin

Tidak kurang juga yang menjadi syuhada’

Yang teramai di kalangan mereka adalah golongan orang soleh yang biasa

Atau mereka dipanggil golongan Ashabul Yamin

Kita golongan yang mana?

Allah Taala sahaja yang mengetahuinya

Ya Allah, masukkanlah kami di dalam salah satu golongan yang selamat

 

16.3.98

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer