warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Manusia Sebagai Pengemis







Manusia Sebagai Pengemis




Manusia Sebagai Pengemis

 

Apa perasaan orang kaya

Di waktu mengagih-agihkan pemberian kepada peminta-peminta sedekah

Atau di waktu ia memberi kepada orang-orang yang susah

Peminta-peminta sedekah itu atau orang yang susah itu berebut-rebut menerimanya

Bahkan ada yang berkelahi sesama sendiri

Ada yang sudah dapat merebut pula hak orang lain

Orang lain itu pula bertindak pula dengan kasarnya atau merebut pula

Ada yang tidak senang kerana ada yang dapat banyak

Yang dapat banyak pula di hadapan pemberi menunjukkan kesombongan

Maka berlaku pergaduhan dan perkelahian dan berbunuh-bunuhan

Keadaan begini si pemberi tentu sakit hati

Kerana yang menerima tidak beradab di hadapannya

Begitulah Tuhan berhadapan dengan manusia

Sebagai pengemis dan peminta sedekah

Manusia ini berhasad dengki sesama sendiri

Kerana merebut rezeki dari Tuhan

Yang dapat banyak sombong dan angkuh

Yang dapat sedikit sakit hati

Akhirnya bergaduh dan berkelahi

Darah tumpah ke bumi, banyak orang yang luka-luka dan mati

Tidak pernah rehat bumi daripada pergaduhan

Kerana pengemis rezeki dari Tuhan

Keadaan ini sudah tentulah Allah Taala marah dan benci

Mereka pengemis dari Tuhan

Tetapi tidak beradab dengan Tuhan

Orang yang fikirannya tajam, jiwanya bersih

Sudah tentu malu di hadapan Tuhan

Mereka tidak akan bergaduh di hadapan Tuhan

Bahkan redha kalau tidak diberi

 

Menjelang Maghrib

10.12.99 (2 Ramadhan)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer