warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Manusia Akhir Zaman Bertukar Watak







Manusia Akhir Zaman Bertukar Watak




Manusia Akhir Zaman Bertukar Watak

 

Manusia adalah sejenis makhluk berwatak bergaul

Kalau tidak bergaul satu sama lain manusia tidak boleh hidup

Bergaul itu secara terpaksa atau sukarela terpaksa dilakukan

Kerana manusia itu satu sama lain perlu-memerlukan

Tapi akhir zaman ini manusia secara umumnya telah bertukar watak atau sifat

Mereka telah mengambil sifat-sifat dan watak-watak binatang atau haiwan

Ada yang bersifat singa, berwatak musang, berwatak babi dan monyet

Tidak bergaul manusia tidak boleh hidup

Apabila bergaul alangkah terseksanya manusia

Kerana hendak bertemu singa, harimau, ular, musang, babi dan lain-lain lagi yang berupa manusia

Aduh! Dahsyatnya, ada yang menerkam, ada yang menggigit, mencakar dan membelit…

Ada yang menendang, menanduk, menghimpit, menelan dan bermacam-macam lagi

Oleh itu kebanyakan manusia kebahagiaan sudah tidak ada lagi

Fikiran mereka berserabut, jiwa kusut

Walaupun bertemu, tapi masing-masing membawa hati resah, gelisah dan parah

Manusia sudah bingung tidak tahu jalan penyelesaian

Tidak tahu kepada siapa hendak mengadu

Salah-salah tempat mengadu maka jadi mangsa pula

Kerana tempat mengadu itu singa, harimau, ular, buaya dan mungkin lain-lain lagi

Aduh! Terseksanya bertemu manusia, menderitanya bergaul

Menyendiri tidak mampu kerana keperluan kita ada pada tangan orang lain

Seperti juga, keperluan orang ada pada tangan kita

Aduh! Manusia sudah tidak ceria lagi

Kerana bertemu manusia sesama manusia sudah tidak indah lagi

 

17.12.99

Selepas Jumaat

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer