warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Manalah Hati Tidak Gelisah







Manalah Hati Tidak Gelisah




Manalah Hati Tidak Gelisah

 

Manalah hati tidak gelisah

Risau, resah, gundah, sedih dan kecewa

Kerana ke mana sahaja pergi, di mana sahaja berada, ingin orang ambil hati

Inginkan dipuja dan dipuji, dihormati, disanjung dan diambil perhati

Lebih-lebih lagi kalau kaya, ingin disebut-sebut kekayaannya

Kalau pandai ingin dipuji dan dihormati

Kalau berpakaian ingin sangat orang mengambil perhatian

Paling tidak, kalaupun orang tak puji dan hormati, jangan ada orang yang mencaci

Kehendak-kehendak ini tidak mungkin didapati setiap hari

Kemahuan itu tidak semua diperolehi

Kerana manusia lain juga kebanyakan perasaannya macam itu juga

Semua orang merasa lebih patut dia dihormati daripada menghormati

Setiap orang berkehendak dipuji lebih daripada memuji

Paling tidak dia tidak dibenci dan dicaci, kalaupun tidak dihormati

Kehendak-kehendak macam inilah yang bila tidak tertunai

Manusia gelisah

Mana pergi hati susah, sedih, resah

Keinginannya itulah apabila tidak diperolehi, aduh sakit hati

Jiwa tercabar, hati tercalar

Tapi kalau manusia itu sedar dirinya hamba yang hina

Segala puja dan puji tidak layak dia terima

Dia rasa tidak perlu itu semua

Bahkan terseksa kalau dia mendengarnya

Ke mana dia pergi, dia tidak perlu meminta manusia menghormatinya

Orang yang jiwanya begini, dia tidak akan susah hati dan gelisah

Yang dia rasa susah hanya dengan Allah

 

4.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer