warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Makin Ke Hujung Seriuslah Baiki Diri







Makin Ke Hujung Seriuslah Baiki Diri 




Makin Ke Hujung Seriuslah Baiki Diri

 

Makin ke hujung marilah kita serius membaiki diri

Semakin dekat ke destinasi perjuangan, barisan perjuangan sepatutnya semakin padu

Begitu juga pengorbanan, lajukan macam angin kencang

Macam lumba lari, di saat-saat akhir itulah makin kencang kerana ia masa penentu

Minda-minda dan ilmu-ilmu sungguh-sungguh dikuasai

Setelah pintu terbuka nanti

Minda-minda dan ilmu-ilmu kita ini hendak disampaikan di seluruh negara

Kitalah orangnya yang akan menyampaikan

Orang lain kita tidak boleh harap, kerana ilmunya sudah mustakmal

Gerakan kita adalah gerakan tajdid

Segala-galanya akan diperbaharui

Sama ada caranya mahupun penghurainya

Pendekatannya dan stailnya

Barulah perubahan jiwa rakyat cepat berubahnya

Sampingkan remeh-temeh, tunaikan kewajipan

Yang kurang penting dibelakangkan atau ditinggalkan

Bukan masa lagi kita membuang-buang masa sia-sia

Kita perlu serius, kita kenalah bekerjasama yang padu sesama kita

Janganlah hal kecil dan remeh-temeh mengganggu kita

Janganlah hal-hal dunia menghalang kita

Bantuan Allah sudah hampir, moga-moga kita orangnya yang menerimanya

Bersedia sungguh-sungguhlah kita dari sekarang

Kemenangan sudah di depan mata

Apakah kita mahu bercuai-cuai dan berlalai-lalai lagi

Ayuh! Marilah kita gembeleng tenaga

Menunaikan syarat-syaratnya untuk kemenangan yang dijanjikan itu

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer