warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Maju Bersama Ketakutan Atau Mundur Bersama Keamanan







Maju Bersama Ketakutan Atau Mundur Bersama Keamanan




Maju Bersama Ketakutan Atau Mundur Bersama Keamanan

 

Kalau aku disuruh pilih maju bersama ketakutan, mundur bersama keamanan

Aku memilih mundur bersama keamanan

Kerana tidak adanya keamanan ia lebih menakutkan daripada tidak ada kemajuan

Jika memperjuangkan kekayaan lahir perpecahan dan pergaduhan

Tapi di dalam kemiskinan lahir kasih sayang dan perpaduan

Aku memilih kemiskinan

Kerana kasih sayang diperlukan setiap masa oleh setiap manusia dan insan

Ia merupakan makanan jiwa

Apa ertinya kekayaan kalau jiwa menderita

Tidak mengapa miskin jika jiwa bahagia

Kalau aku mempunyai dan memiliki berbagai-bagai keistimewaan tapi kehilangan Tuhan

Tapi dapat memiliki Tuhan hilang segala-gala keistimewaan

Biarlah aku kehilangan segala-gala keistimewaan

Kehilangan segala-galanya tapi memiliki Tuhan

Kehilangan segala-galanya tidak mencacatkan

Tapi kalau kehilangan Tuhan dapat segala-galanya

Segala-galanya sudah tidak memberi erti apa-apa

Kerana kehilangan Tuhan mendapat kecacatan yang terlalu besar

atau cacat yang maha besar

Segala-galanya tidak akan dapat menampungnya

Jika dapat Tuhan ia dapat menampung segala-galanya yang tidak ada

Kerana itulah di dalam kehidupan ini jangan sampai kehilangan Tuhan

Tuhan adalah segala-galanya

Korbankanlah segala-galanya demi mendapatkan Tuhan

Jangan korbankan Tuhan untuk segala-galanya

Kita akan berhadapan dengan kerugian yang maha besar

 

11 Safar 1421

Lepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer