warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Maha Hebatnya Tuhan







Maha Hebatnya Tuhan




Maha Hebatnya Tuhan

Selepas Zuhur

19.12.99 (11 Ramadhan)

Mengapa engkau tidak terasa Maha Hebatnya Tuhan

Maha Berkuasa yang tidak ada tara dan tolok bandingnya

Kerana itulah engkau tidak takut pun kepada-Nya

Engkau tidak takutkah berhadapan dengan Zat yang Maha Agung

Penglihatan-Nya berlaku serentak seluruh yang wujud

Sekalipun sebesar habuk tidak terkecuali daripada penglihatan-Nya

Dan penglihatan-Nya tidak pernah rehat sekalipun sekadar kerdipan mata

Pengetahuannya pun meliputi seluruh yang wujud mahupun yang tidak wujud

Yang dahulu mahupun yang kemudian

Yang sudah luput mahupun yang masih wujud

Tidak pernah pun tercicir walau sebesar habuk yang halus yang dilupakan-Nya

Pendengaran-Nya seluruh yang wujud, kecil dan besar, bersuara atau tidak seluruh yang ada

Tidak ada satu benda tidak ada di dalam kekuasaan-Nya sekalipun sebesar debu yang maha halus

Qudrah-Nya tidak menggunakan tenaga seperti makhluk

Iradah-Nya lulus kerana ia berlaku bukan dari perasaan-Nya

Tuhan Berkehendak bukan mengikut perasaan atau nafsu-Nya

Kerana Zat-Nya yang Maha Suci sudah sedia mempunyai sifat kehendak

Kemampuan sifat Qudrah-Nya luar biasa kerana bukan menggunakan tenaga

Sebut sahaja ada, berlaku ada,

Sebut sahaja tiada, berlakulah tiada

Keagungan-Nya, kesempurnaan-Nya, kemuliaan-Nya tidak pernah luak

Bahkan tidak pernah bertambah

Kalau berlaku pertambahan bererti sebelumnya ada kekurangan atau luak

Kerana segala-galanya sudah sedia sempurna

Yang tidak perlu disempurnakan lagi

Apakah engkau tidak gerun dengan Zat yang Maha Agung, Maha Hebat dan serba Maha ini

Apakah engkau boleh melupakan Zat-Nya begitu sahaja

Tanpa terasa apa-apa di dalam hati dan jiwa engkau

Engkau sebenarnya telah diserang oleh penyakit jiwa yang bukan penyakit jiwa yang biasa

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer