warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mabuk Yang Tidak Bahaya







Mabuk Yang Tidak Bahaya




Mabuk Yang Tidak Bahaya

 

Di antara mabuk yang tidak bahaya adalah mabuk Tuhan

Bahkan bahagia, tenang, senang, puas, lazat, indah

Kalau boleh hingga gila Tuhan lagi baik, tidak mengapa tidak ada salahnya

Mabuk selain Tuhan bahaya

Bahkan mudharat dan memudharatkan

Mabuk arak mencelakakan, hina lagi terhina

Mabuk harta tidak akan tenang sekadar senang sahaja

Mabuk betina kita akan dihambanya

Kita akan diarah-arahnya, dikerahnya ke mana sahaja yang dia suka

Kita akan ikut sahaja kerana hendak menjaga hatinya

Kalau orang kata kita dayus, sudah tidak terasa apa-apa

Orang yang risau melihat kita, kita biasa sahaja, hilang malu dibuatnya

Mata hati kita sudah dibutanya, kerana cinta itu buta

Gila melawa kerana hendakkan orang puji, hendak glamor dan nama

Adakalanya orang tidak peduli pun pada kita

Kita sahaja rasa orang peduli dan ambil perhatian tentang kita

Manusia ramai, bukan kita seorang sahaja manusia, perhatian orang tidak semesti kepada kita sahaja

Yang sebenarnya kita syok-syok sendiri sahaja orang bukan peduli pun pada kita

Adakalanya orang meluat dan benci kerana melawa berlebih-lebihan macam orang tidak siuman

Rupanya kita hendak glamor itu sampai hajat juga, glamor cacian dan kejian orang, kita tidak sedar diri  

Lain kali ukurlah diri kalau hendak bercantik-cantik biarlah berpadan, macam orang siuman

Oleh itu kalau hendak mabuk atau gila juga eloklah mabuk dan gilakan Tuhan

 

5.3.2004 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer