warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Mabuk Dengan Tuhan







Mabuk dengan Tuhan




Mabuk dengan Tuhan

 

Karam di laut boleh jadi lemas, mungkin membawa kematian

Kematiannya mungkin membawa syahid akhirnya

Nampaknya macam malang, tapi masih untung pada seseorang

Karam di dalam percintaan, hidup terumbang-ambing

Menjadikan manusia hidup tidak stabil

Buat apa sahaja serba tidak kena

Penumpuan sesuatu kerja tidak ada

Sering termenung dan murung sahaja  

Banyak urusan dan tanggungjawab terbengkalai dibuatnya

Karam dengan dunia manusia terlalu sibuk

Tidak ada masa untuk berehat

Apatah lagi untuk menyembah Allah Taala dan mengingati-Nya tidak ada ruang baginya

Terkejar di sana, terkejar di sini memburu kebahagiaan dengan kekayaan dunia

Adakalanya makan pun tidak sempat

Dengan isteri pun sekejap-sekejap sahaja hingga isteri curiga dan menderita

Kerana kurang dapat bermanja dan belaiannya

Tapi mabuk dengan Tuhan rasa bahagia di samping rasa takut

Mabuk Tuhan jiwa tenang fikiran tidak berserabut

Dan tidak karam dan tenggelam dengan dunia

Orang yang cinta Tuhan, cinta pula dengan makhluk-Nya

Kerana cinta Tuhan ramai hamba-hamba Tuhan yang dapat manfaat darinya

Dapat pemurahnya, pertolongannya, kasih sayangnya, rendah dirinya, kerjasamanya, pemaafnya

Mabuk Tuhan sibuk beribadah kepada-Nya dan hati tidak lupa kepada-Nya

Sibuk juga berkhidmat dengan makhluk dan hamba-hamba-Nya

 

19 Muharam 1421 H,

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer