warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Lihatlah Kuasa Tuhan Di Dalam Dirimu







Lihatlah Kuasa Tuhan Di Dalam Dirimu




Lihatlah Kuasa Tuhan Di Dalam Dirimu

Selepas Isyak

31.8.99

Tidak payah kita memandang yang jauh melihat Qudrat dan kuasa Tuhan

Juga tidak perlu melihat yang jauh baru terasa Maha Mentadbir dan

Maha Bijaksana Tuhan

Kalau jiwa kita hidup dan jaga

Di dalam dirimu sendiri engkau akan merasakan Qudrat, Iradah Tuhan

Pentadbiran dan Bijaksana-Nya

Tidakkah engkau sedar, mana engkau ada kuasa terhadap dirimu!

Adakalanya engkau hendak tidur mata tidak mahu

Ada waktunya engkau tidak hendak tidur tapi tidak dapat menahan tidur

Adakalanya berlaku di dalam dirimu setiap hari

Gerak-gerimu berlaku tanpa engkau mahu

Bahkan adakalanya tanpa kesedaranmu

Contoh yang berlaku akalmu memikirkan sesuatu

Tapi di masa yang sama bergerak-gerak jarimu tanpa kehendakmu

Juga di masa itu juga bergerak-gerak matamu tanpa kehendakmu juga

Bukankah menunjukkan adanya kuasa yang melakukannya

Kalaulah kita ada kuasa tentu sekali kehendak kita semuanya berlaku

Yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku

Tapi pengalaman kita tidak begitu

Ada yang kita kehendaki berlaku,

Ada yang kita kehendaki tidak berlaku

Ada yang kita tidak hendak, ia berlaku

Yang kita hendak, tidak berlaku

Kerana itulah Tuhan ada berkata yang bermaksud:

Di dalam diri kamu, mengapa kamu tidak merasa dengan mata hati

Iaitu adanya kuasa Tuhan di dalam dirimu

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer