warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Leburkan Rasa Kebesaranmu







Leburkan Rasa Kebesaranmu




Leburkan Rasa Kebesaranmu

Leburkan rasa kebesaranmu di dalam kebesaran Tuhan

Agar engkau akan merasakan dirimu hina dan terlalu kecilnya

Supaya sifat hamba engkau dapat kekalkan semula

Engkau memang hamba, mana ada kebesaran yang engkau punya

Begitulah juga engkau cairkan rasa kekayaan yang ada padamu

Agar kekayaan itu engkau rasa lambang kekayaan Tuhan

Memang engkau mana ada kekayaan kalau bukan anugerah Tuhan

Segala yang dimiliki oleh Tuhan

Hanya Allah menumpangkan sementara untuk hendak diagih-agihkan kepada yang memerlukan

Sepatutnya kita rasa kekayaan yang ada terasa beban

Kerana kita berkewajipan dan menjadi tanggungjawab mengagih-agihkan

Sepatutnya kekayaan yang Allah tumpangkan itu kita rasa susah hati

Apakah kita boleh amanah untuk menyampaikan

Orang yang arif, tidak ada lebih dirasakan lega

Daripada ada yang dia rasa menyusahkan

Tidak diagih-agihkan adalah satu kesalahan

Kita sudah tidak amanah dengan Tuhan

Kekayaan itu adalah ujian

Mampukah kita bertanggungjawab mengagih-agihkan

Ramai orang kaya gagal menerima ujian

Kekayaan itu hendak diagih-agihkan kepada yang memerlukan

Tapi apa yang terjadi bahawa kekayaan yang diberi itu dijadikan milik peribadi

Nanti di Akhirat kelak hartanya itu dipanas dan dicairkan kemudian disapu ke seluruh badan

Akibat tidak amanah daripada pemberian Tuhan

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer