Larilah Kepada Tuhan
Larilah Kepada Tuhan
8.12.99
Daripada hendak lari dari Tuhan
Lebih baik lari kepada Tuhan
Ke mana engkau hendak lari?
Langit dan bumi seluruhnya di bawah kuasa dan pentadbiran-Nya
Tidak mungkin engkau boleh terlepas daripada kuasa-Nya
Setakat mana kemampuan engkau untuk lari dari-Nya?
Engkau tidak akan terlepas daripada diburu oleh Tuhan
Daripada engkau kena buru, lebih baik engkau memburu-Nya
Engkau lari dari-Nya, ertinya engkau derhaka
Engkau lari kepada-Nya, ertinya engkau hendak kepada-Nya
Engkau memburu Tuhan lebih selamat daripada kena buru
Engkau lari kepada Tuhan, engkau akan bahagia
Engkau lari daripada Tuhan, engkau akan celaka
Sekarang engkau boleh membuat pilihan
Hendak lari kepada Tuhan atau hendak lari daripada Tuhan?
Hendak memburu Tuhan atau engkau akan diburu Tuhan?
Buatlah pilihan dari sekarang sebelum engkau diburu Tuhan
Engkau belum lagi terlambat
Larilah kepada Tuhan, jangan lari dari Tuhan
Engkau akan kecundang
Sebenarnya Tuhan hendak kepada engkau
Mengapa engkau tidak hendak Tuhan?
Bertindaklah sebelum terlewat!
Lepas Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 758 reads
Post new comment