warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kusembahkan Pada Mu Tuhan







Kusembahkan Pada-Mu Tuhan




Kusembahkan Pada-Mu Tuhan

 

Kusembahkan kepada-Mu Tuhan segala usaha dan amalan

Namun selalu sahaja berlaku kualitinya murahan

Tapi apakan daya, itulah yang dapat kusembahkan

Aku harap dengan rahmat-Mu terimalah wahai Tuhan

Kubisikkan pada-Mu berbagai-bagai harapan

Aku menunggu segala jawapan dari sisi-Mu Tuhan

Kalau jawapan tidak kudapati dari-Mu Tuhan

Aku tetap redha menerimanya dengan penuh tabah dan kesabaran

Aku sedar bahawa aku belum lagi layak menerimanya

Kerana Engkau lebih tahu apa yang patut diberi kepada hamba-Mu

Jika aku terima di waktu belum layak, aku pasti rosak

Aku menunggu anugerah-Mu hingga aku layak

Aku tidak mahu Engkau memberi aku secara istidraj

Atau Engkau memberi aku di waktu Engkau murka

Berilah lagi aku petunjuk

Anugerahkanlah aku bersama taufik

Agar hidayah dan taufik berjalan sama

Barulah ilmu dan amalku berjalan seiring

Di waktu itu barulah aku layak menerima daripada-Mu apa sahaja

Kerana itulah aku redha menunggu

Di waktu Engkau anugerahkan kepadaku bersama keredhaan-Mu

 

Lepas ekspedisi

18.12.99 (10 Ramadhan 1420)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer