warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kuasa Tuhan Di Dalam Diri Kita







Kuasa Tuhan Di Dalam Diri Kita




Kuasa Tuhan Di Dalam Diri Kita

 

Engkau dicipta oleh Tuhan, engkau pun wujud di dunia ini

Selepas engkau wujud, apakah Tuhan tidak ada lagi peranan ke atas engkau?

Apakah setelah engkau hidup kuasa Tuhan terlepas daripada engkau?

Kemudian selepas itu dengan kuasa engkau,

engkau boleh mengatur hidup engkau sendiri?

Tanpa kuasa Tuhan lagi?

Kalau engkau ada kuasa, tentu engkau dapat melakukan segala yang engkau hendak tentulah yang menyenangkan engkau

Seluruh yang engkau buat tentulah yang menggembira engkau

Tapi kadang-kadang engkau sakit, engkau miskin, orang benci, engkau terjatuh,

dan berbagai-bagai lagi

Tak kan semua itu engkau mahu?

Kalau engkau ada kuasa tentulah engkau tidak lakukan yang menyusahkan engkau

Apatah lagi yang boleh membawa engkau rosak binasa dan boleh membawa mati

Kalau engkau ada kuasa tentulah engkau cipta

ke atas diri engkau yang baik-baiknya sahaja?!

Baik-baik belaka!

Tak kan engkau membuat sesuatu yang menyusahkan engkau

Berdasarkan ini bukankah ada yang Maha Berkuasa ke atas diri engkau

Engkau tidak mampu menolaknya sama ada engkau mahu mahupun engkau tidak mahu

Itulah Dia Tuhan engkau yang menjadikan engkau yang juga berkuasa ke atas diri engkau

Tuhan yang berkuasa menentukan nasib engkau sama ada engkau suka mahupun tidak

Di sini engkau kan boleh berfikir, engkau memerlukan Tuhan di dalam kehidupan engkau demi keselamatan engkau

Engkau perlu meminta kepada-Nya, kerana keperluan engkau banyak

Engkau perlu perlindungan, penjagaan, pengawalan dari Tuhan,

kerana engkau tidak mampu menjaga diri engkau

Engkau tidak faham jalan selamat kerana itulah engkau perlu mengikut jalan Tuhan (syariat) agar engkau selamat

Tentulah engkau perlukan panduan dari Tuhan,  

kerana engkau tidak faham memandu diri engkau

Serahlah diri engkau kepada Tuhan, surrenderlah, jangan sombong,

jangan anggap engkau boleh berdiri sendiri

Segala-galanya engkau perlu kepada Tuhan

Daripada perkara sekecil-kecilnya hingga perkara yang sebesar-besarnya

engkau perlu kepada Tuhan

Oleh itu ikutlah Tuhan jangan ikut kemahuan engkau semata-mata

Kadang-kadang kemahuan engkau itu, engkau tidak sedari akan merosakkan engkau

Tapi kemahuan Tuhan itu ia akan menyelamatkan engkau

Sekalipun nampak lahirnya menyusahkan engkau, di situ ada kebaikan untuk engkau

Adakalanya engkau rasa sesuatu itu boleh membaiki engkau,

rupanya di situ kejahatan untuk engkau

Manalah engkau faham perkara yang tersirat, tapi Tuhan faham yang tersirat

Manalah engkau faham hal-hal masa depan tapi Tuhan tahu

Oleh itu untuk keselamatan engkau, kan lebih baik engkau menyerah diri sahaja

kepada Tuhan engkau

Daripada engkau menyerahkan diri engkau kepada engkau sendiri

Manalah engkau ada kuasa sepertimana yang engkau sangka

Mengaku sahajalah lemah, jangan mengaku kuat kerana kesombongan

engkau juga yang rugi

Kita perlu kepada Tuhan sebenarnya, tapi Tuhan tidak perlu kepada kita

Carilah Tuhan berpautlah kepadanya di situlah keselamatan dan kebahagiaan kita

 

7.4.2003 1

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer