Kuasa Tuhan Dalam Diri Manusia
Kuasa Tuhan dalam diri manusia
Tuhan! Aku merasakan Kuasa-Mu di dalam diriku luarbiasa
Engkau sungguh Maha Berkuasa, Maha Pentadbir yang bijaksana
Pada diriku, aku tidak ada kuasa sedikit pun
Engkaulah yang menentukan pada diriku segala-galanya
Adakalanya aku tidak hendak tidur, Engkau tidurkanku, maka aku terpaksa tidur
Adakalanya aku ingin tidur, aku tidak boleh tidur
Sakit sihatku Engkaulah yang mentakdirkan tanpa kemahuanku
Adakalanya aku ingin sangat hendak makan,
mula sahaja makan tiba-tiba selera tidak mahu
Adakalanya lauknya simple sahaja makan berselera dan lalu
Berlaku juga di dalam diriku di waktu sihat tiba-tiba sakit datang mengejut
Tanpa sebab-sebab yang memberi isyarat lebih dahulu
Gelombang jiwaku tanpa dapat aku kontrol ia berlaku
Ia datang silih berganti tidak menentu
Adakalanya rasa gembira, adakalanya sedih, adakalanya marah, adakalanya biasa sahaja
Tanpa aku menentukannya ia datang tidak diduga
Tidak kurang adakalanya benci, rasa malu, jijik bukan kehendakku
Fikiranku juga begitu
Aku memikirkan sesuatu sentiasa silih berganti tanpa aku duga
Adakalanya aku memikirkan nasibku, memikirkan alam yang dapat dilihat oleh mata
Sekali-sekala memikir mati, alam Barzakh, Akhirat, Syurgakah aku atau Neraka?
Memikirkan sesuatu yang tidak menentu, datang silih berganti
Aku tidak mampu mengontrolnya untuk sesuatu yang tertentu sahaja
Badan lahirku juga begitu, adakalanya sengal-sengal, lenguh-lenguh, lesu, segar, letih
Ia datang silih berganti tidak menentu
Adakalanya ia datang tidak bersebab pun
Begitulah kuasa-Mu Tuhan pada diriku
Aku tidak mempunyai kuasa sedikit pun pada diriku
Hanya menunggu dari ketentuan dari-Mu Tuhan sahaja (semata-mata)
Apa yang datang atau terjadi terima ajalah tanpa ada pilihan buatku
16.5.2004 – 1
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 926 reads
Post new comment