warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kuasa Di Tangan Tuhan







KUASA DI TANGAN TUHAN




Kuasa Di Tangan Tuhan

 

Janganlah merasa aman

Kita bukan ada kuasa

Kuasa adalah di tangan Tuhan

Dia berkuasa membolak-balikkan hati

Di samping syaitan sentiasa

mengambil kesempatan,

Jalannya ialah nafsu yang ada di dalam

diri kita,

Siapa yang merasa aman,

selalunya mati dalam su'ul khatimah,

periksalah diri selalu

suluh lah sampai ke batin

bermujahadahlah membetulkannya

Takutlah selalu memenuhi hati,

bertaubatlah setiap waktu,

kerana dosa sentiasa memburu,

takut dan haraplah kepada Allah,

Dan jangan henti bermujahadah,

bersedekahlah selalu,

jadilah kita orang pemurah,

moga-moga pemurah itu mensyafaatkan

kita dengan rahmat Allah,

Moga-moga di hujung hidup kita

Pertolongan Allah tiba.

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer